Sulur Keladi Masak Asam Pedas Rebus


Assalamualaikum ...

Hujung minggu lepas , 
kakak hambo pi pasar borong cari barang dapur .
Cerita dia ; ' ramainya orang kat pasar borong . 
Dah macam esok nak raya ! '

Sulur Keladi Masak Asam Pedas Rebus



Maka tersembullah dialog daripada mulutnya ;
' Bunga kantan rm 1.50 sebatang ko . 
Pergh ... nak pengsan tengok . '
" Ya la ma . Kalau kat kampung , potong jer kat pokok kan .
Kalau amik kat kampung , jual kat sini , boleh buat duit rayo tuh . "
Heheheeee ... hambo sajer jer berseloroh .

Rasanya kat tempat teman - teman pun banyak juga barang basah dapur tuh yang dah naik harga kan .
Redha jer la . 
Dah cuma sekali jer setahun .
Orang yang menjual tu pun nak duit lebih untuk belanja rayo .

Jalan - jalan kat pasar borong tuh , 
kakak hambo jumpa makhluk nih .
Solor keladi . 
Sebutan yang lebih sedap dalam bahasa jawa .
Lembut bahasa melayu , sulur keladi ler .

Kalau ikut petua bunda ,
Sulur nih jemur dulu sampai layu .
Tujuannya nak biar getah tu hilang .
Jadi taklah gatal bila di makan .

Tapi anak moden nih dah tak sabor aka tak ingat doh nak buat tu semua .
Maklumlah generasi busy ler kononnya kan !
Jadi , bila nak masak , buang kulitnya , trus masak lah .

Ada orang suka masak lemak , 
Ada gak masak goreng .
Kalau kami , bila kat kampung tuh ,
ada jual siput sedut , 
maka mencari lah sulur keladi kat belakang umah untuk dimasak bersama dalam asam pedas rebus .

Sulur Keladi Masak Asam Pedas Rebus


Resepi feveret kami , masak asam pedas rebus .
Cara masaknya senang jer .
Sulur keladi nih kakak hambo rebus dulu sampai lembut sikit lah .
Ambil periuk , isi air dan masak atas api lah .

Ambil lesung batu , masukkan 
cili padi , ikan bilis , bawang merah dan bawang putih .
Pastu tumbuklah .
Bila dah siap tumbuk , masukkanlah kedalam periuk .
Masukkan juga cili kering kisar atau cili boh dan perasa .

Ikan bilis tu banyak sikit , baru sedap .
Boleh gak kalau nak gantikan ikan bilis dengan udang kering .
Kalau ada siput sedut , masukkan lah sekali .
Masak sampai semua rasa tu meresap kat sulur lah .

Alhamdulillah sulur nih tak gatal kat mulut walaupun tak jemurkan dia .
Apa kata , balik kampung raya nanti , 
cari sulur kat belakang umah tu ,
pi try resepi nih .

Selamat Menjalani ibadah puasa kepada semua ...



2 Sila komen:

  1. Pasar yang saya selalu pegi tu pun, Kantan 2 tangkai RM2. Dah tak murah macam dulu dah.
    Kalu dok kampung or masih ada kampung, boleh gak la petik angkut bawak balik KL, kan?

    Ahh siput sedut dgn sulur keladi? Sedappp!

    ReplyDelete
  2. salam...

    lauk kegemaran setiapkali berbuka...asam pedas rebuss keladi...beli jer rm 2 ...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...