Mood Ke Laut



Assalamualaikum ...


Hari ni dah masuk 7 likur .
Kalau balik kampung masa nih memang meriah .
Bukan setakat lampu pelita , malah mentol juga dipasang .
Mercun lak dah jadi perencah kemeriahan nya .

Pastinya masa nih , mood kerja teman - teman dah mula ke laut .
Masing - masing dah bercerita tentang raya .
Daripada baju , kuih , duit raya , cuti raya ,
pokoknya segala yang berkaitan raya !




Kakak hambo pun sedang berkira - kira 
bila nak settlekan umah sebelum balik kampung .
Baju anak belum berjahit .
Rumah belum berhias .
Kuih belum buat dan beli .

Mood anak - anak dah kat kampung !
Mercun dah  berdentam dentum di sini .
Yang berduit , firework yang colorful tuh jadi pilihan .
Tumpang anak jiran main mercun .
Cuma gerun bila ada mercun sesat tetiba sampai kat sebelah kita .
Saya ada pengalaman mercun sesat nih .
Saya akan kongsi nanti ...
Teman - teman boleh tengok kemeriahan raya kat rumah hambo tahun lepas kat ... SINI ...





1 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...