Home / Diari
Showing posts with label Diari. Show all posts
Showing posts with label Diari. Show all posts
Tahun 2017 Yang Tragis
Tahun 2017 Yang Tragis | Alhamdulillah , masih dipanjangkan usia untuk menikmati tahun 2018 . Tahun ong kata orang cina . Maka ramailah orang cina yang berkahwin tahun kot. Juga tahun untuk lihat tampuk kekuasaan bertukar tangan ataupun tidak . Tahun yang rasanya lebih banyak rugutan, cabaran, diet, berjimat, menyimpan, penganggur, gaji ciput, barang mahal, minyak turun naik tapi korang janganlah naik minyak lak ya . Yang lain tu , korang sambung sendiri ya ... meh meh meh .
2017 yang dah berlalu, ada banyak cerita yang menjadi sejarah . Bagi MakChu, alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik . Baik sebab makChu sangat berhati-hati dengan aura negatif yang cuba menempel . Kalau rasa boleh jadikan MakChu down , awal-awal lagi makChu dah pi elak . Contoh paling mudah , bila ada friend faceebok yang drop komen mempelekehkan usaha MakChu, MakChu akan unfriend. Kalau rasa teruk sangat , MakChu block jer ... kejam ke kejam ? Heh heh heh .
Plan belajar ilmu free kos marketing untuk sales online , berjalan dengan baik . Kalau boleh semua peluang depan mata MakChu nak rembat tau . Tapi MakChu ambil jer mana yang mampu dan tak mebebankan . Alhamdulillah . Nak kata banyak tu, idok juga. Tapi bolehlah membantu sales online . Cuma kena pandai adjust masa . Pada banyak ketika , hanyut juga tapi bukan karam terus dilautan sepi tau ... heh heh heh .
Tragisnya , kesibukan itu buat MakChu sungguh dah tinggalkan blog untuk setahun . Rindu nak baca cerita korang , memang sangat-sangat sedih sebenarnya . Bila tengok korang kat insta , rasa teringin juga nak terjah blog korang tapi masih jadi angan-angan jer . Hope bila terjah blog korang nanti, makCu tak terselongkar entry korang ... meh meh meh .
Blog makChu pun dah berhabuk gila sampaikan background pun dah expired ... wakakakaaaa . Tak memasal kan kena cari template baru dan paksa diri mengedit . Ntah bila nak selesai agaknya . Masalahnya, makChu banyak lupa macam mana nak buat . Pastu terpaksa recall satu persatu . Hadoiii laaa... Lagi bencana bila hanya dua blog jer yang makChu ingat paswordnya ... ni memang dah habis bijak. Mungkin ada blog yang terpaksa di letgo ... huhuhuuuu .
2018, MakChu dah set nak balik semula ke blog . Maknanya bertambahlah le kerja tapi MakChu akan jadikan sebagai keseronokan bukan bebanan . Eh, baca blog korang bleh hilang stress tau ... errr sejak bila makChu ada stresss ... heheheheee . Sebab pada kebanyakan masa MakChu lebih banyak ketawa. Korang kan suka buat lawak ... keh keh keh .
Rasanya dah cukup kot gali ilmu facebook branding . Hajat tahun ni nak stop tapi nampak lak ilmu lain berlegar-legar didepan mata . Mungkin akan dipertimbangkan juga nanti ... heh heh heh. Ilmu yang beri manfaat ni rugi kalau dilepaskan sedangkan kita boleh sedut banyak-banyak .
Hope MakChu boleh istiqamah dan ada banyak masa untuk menulis diblog. Berkongsi kisah kisah menarik dan lucu sepanjang 2017 dengan korang. Kalau korang tak sudi baca pun , makChu cerita juga . Buat kenangan beb ! ... heh heh heh
Selamat Tahun Baru Sahabat ...
Berjogging Buang Toksin
Berjogging Buang Toksin | Orang zaman sekarang kebanyakannya takut berpeluh . Ini kes nak jaga badan jangan berbau . Selain itu banyak dok dalam air-cond jadikan badan kita tak berpeluh walaupun banyak bergerak . Bila tak ada air-cond , merungut panas walaupun kepanasan itu mengeluarkan peluh dan seterusnya toksin yang berkumpul dalam badan . Sis teringat kata- kata my lecturer bahasa arab ketika kelas kami tetiba tak ada air-con , " panas sikit je tu , api neraka lagi panas " ... tak memasal semua terkena ... heh heh heh .
Untuk Pertama Kalinya
Untuk Pertama Kalinya | Setiap perkara yang kita mahu lakukan , mesti ada pertama kali . Dari kecil sampai besar mesti ada pertama kali . Walaupun sudah beruban , tetap ada pertama kali . Kan dalam hidup ni banyak benda kita nak buat dan banyak benda baru yang kita akan jumpa walaupun dah bongkok tiga , betul tak ?
Masih Dingati Rupanya
Masih Dingati Rupanya | Januari sudah berlalu . Kini Februari juga sudah hampir sampai ke pertengahan bulan . Begitu cepat waktu berlalu . Maka hati bertanya pada diri , sepanjang tempoh itu , apa yang sudah ku capai ? Tetiba teringat ... eh , dah masuk bulan 2 ni . Blog tak update lagi . Bukan ker dah janji nak aktif semula ... 😂😂😂 ... saya sekarang kuat tidooo wooo . 10.30 malam je dah 💤💤💤 !
Bertemu Kembali
Bertemu Kembali | Selepas beberapa bulan menyepi , alhamdulillah hari ini dapat bertemu kembali . Bermesra dengan korang dengan rasminya . Bulan Januari ada juga ke udara tapi suam-suam kuku . Ntah kenapa , sejak beberapa bulan lepas , asyik dok malas je nak menghadap lappy lebih suka layan phone walaupun mata tak berapa nak terang tengok dekat-dekat ni . Malam lak , bila dah usai solat isyak tu , mata asyik berat je . Selalu benor terjun tiruk awal ... huhuhuuu .
Lappy Pula Buat Masalah
Lappy Pula Buat Masalah | Bila masalah broadband selesai , maka berbunga riang le hati sis . Dah berkira - Kira nak ketuk pintu rumah korang . Tak sabar nak bersembang dengan korang . Rindu gila tau ! Tengok komen korang yang bertingkek - tingkek pun sis Dah Tak boleh tahan . Sis cuma dapat baca je Kat phone . Ada sebahagian blog yang Tak keluar ruang komen Bila dilihat melalui phone . Jadi , Tak boleh le sis nak komen ...meh meh meh .
Berpisah Jua Akhirnya
Berpisah Jua Akhirnya | Bukannya aku tak setia , bukan juga aku tak cinta, tapi jodoh kita setakat tu je . Akhirnya jodoh sis dengan dia terpaksa dihentikan . Cukuplah setakat INlI . Walaupun sudah, bersama 6 tahun , perpisahan ITU terpaksa dilalui juga . Terima kasih atas 6 tahun tanpa masalah dan beri perkhidmatan yang memuaskan ... Huhuhuuu ... Sendu tetiba ... Ehhhh ...
Tak Settle Juga
Tak Settle Juga | Cuti awal Muharam tahun ini merupakan cuti panjang di seluruh Malaysia . Kebetulan pula jatuh pada hari gaji . Maka ramailah yang menghabiskan masa dengan anak-anak . Sis lak habiskan masa dengan anak buah je ... Heh heh heh .
Kongsi Kegembiraan
Kongsi Kegembiraan | Rasanya Dah seminggu kot sis tak kongsi cerita dengan korang . Bukan tak ada idea nak bebel dengan korang cuma sibuk sikit . Sekarang ni sedang cari masa yang sesuai untuk berblog . Memandangkan doPada hari kejadian spelih jadi arwah ni , malam sis hanya bertemankan phone dan TV je lah ... Huhuhuuu .
Berteka Teki
Berteka Teki | Seronokkah berteka-teki ? Sis suka je mengena anak buah . Tapi hari tu sis yang Tak dapat jawab . Bila dah jawapan salah , mulalah salahkan soalan yang tak lojik katanya . Sebenarnya nak cover line baik punya ... Heh heh heh
Salam Aidil Adha
Salam Aidil Adha | Pada hari INI sudah tentu ramai antara korang sudah bersama keluarga di kampung halaman . Kepada yang mahu melakukan ibadah korban , tentu berdebar menunggu penyembelihan dilakukan . Pastikan lembu tu ditambat kuat ya . Kang tak memasal kena kejar lembu untuk korban lak ... Heh heh heh .
Tragedi Buah Durian
Tragedi Buah Durian | My anak buah bila nampak gerai durian di tepi jalan , mesti merengek kat mamanya nak makan durian . My kakak sengih je . Kali ini memang tak ada rezeki sebab kat kampung tak musim durian . Alhamdulillah , pukul 11 malam tadi dapat ler makan durian bila man in the house bawa balik selonggok durian ... Heh heh heh .
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)











