Masih Dingati Rupanya


Masih Dingati Rupanya | Januari sudah berlalu . Kini Februari juga sudah hampir sampai ke pertengahan bulan . Begitu cepat waktu berlalu . Maka hati bertanya pada diri , sepanjang tempoh itu , apa yang sudah ku capai ? Tetiba teringat ... eh , dah masuk bulan 2 ni . Blog tak update lagi . Bukan ker dah janji nak aktif semula ... 😂😂😂 ... saya sekarang kuat tidooo wooo . 10.30 malam je dah 💤💤💤 !

Masih Dingati Rupanya


Masih Dingati Rupanya


Alhamdulillah , syukur ke hadrat Allah kerana masih ramai kawan yang mengingati malah masih ramai yang ramah mesra bertegur di instagram . Tapi kan , tak seorang pun tanya : " nape blok dah lama tak update ? " Macam nak merajuk tapi rasanya mereka tu pun jarang update atau tak udapte macam sis juga ... 😉😉😉 .


Masih Dingati Rupanya

Januari lepas ( lama tu , dah sebulan ) , sis dapat kiriman dari blogger NOHAS . Terima kasih yang tak terhingga NOHAS kerana sudi memberi . 💓💓💓 Banyak pula yang diberinya . Selain shawl purple yang indah itu , ada juga FM kuala kangsar ... mahal tu beb ! Bandar diraja kan . Untuk penetahuan korang NOHAS ni berasal dari Kuala Kangsar dan beliau seorang traveller . Sis kalau terjah blog dia , memang akan baca entery yang sis belum baca walaupun bulan lepas punya . Sis suka baca cacatan perjalanan dan JJCM dia .

Kalau tak silap sis , tahun lepas ada 3 orang blogger yang minta alamat dari sis . NOHAS salah satu daripadanyalah . Semoga ukhuwah kita dipersada blogger ni berpanjangan dan kita diberi ruang masa dan kesihatan yang baik untuk melakukannya . 😍

Bulan ni pun sis dapat juga . Dari sapa , nanti sis update ... heh heh heh . Tetiba rasa segan lak . Mana taknya , dah la tak update , jauh sekali nak blogwalking , apalagi nak drop komen tapi masih ada yang sudi memberi buah tangan ... huhuhuuu ... sebak tau bila dihargai macam ni . Orang kat sekeliling kita pun belum tentu nak buat kan . Ni pula yang tak pernah bertemu ... 👀

Tetiba nampak ada emoji diatas . maka sis beremoji lah sekejap . macam leceh lah pulak kan ... heh heh heh ... macam budak jakun pun ada ... 😁 macam tak sesuai untuk penulisan blog pun ada ... 😂

ok ... kita jumpa lagi pada entry akan datang , banyak nak citer sebenarnya ,,, 😏

5 comments:

  1. Alhamdulillah.
    Semuga aktif semula menambah entri.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...semoga terus aktif..saya pun decide nak menyumbang serba sedikit pengalaman dan gambar agar dapat membantu orang yg mencari maklumat

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...