Sketsa Satu Hari Di Hari Raya


Assalamualaikum ...

Hujan pagi nih masih tak berhenti .
Hambo lak memang tak tahan sejuk .
Ni la bahananya kalau kurus kering .
Tak ada lemak !

Hari ni adalah Syawal terakhir .
Sebelum Syawal melabuhkan tirainya ,
ada kesah sehari di hari raya ...

Satu hari ketika Syawal di kampung ...
Hambo dok melayan sorang kakak hambo ni yang kuat bercakap .
Daripada ambil kelapa sehinggalah nak memarut kelapa tu .

Sambil bercerita , sambil juga tangannya mencapai suratkhabar .
Dibentangnya satu persatu di atas lantai .
Hambo perhati jer ...
Cuma otak dok fikir , apa dia nak buat nih .
Pas tu nampak akak capai satu benda dan buka ...
Ohhh kukur kelapa rupanya .
Sambil pegang tuh sempat lagi dia cerita pasal kukur kelapa ...
aduhaiii ... layan jer laaaa


Sedang elok dia nak memarut , tetiba dengar bunyi dari dapur ...
Tersentap kakak hambo ...
lancar jer kuar daripada mulutnya ;
" aku ingat dah tak boleh guna ! "
Kaka hambo yang seorang lagi selamba jer menjawab ;
" Boleh . "
Sambil memarut kelapa guna mesin !
Hahahaaaaa ...

Sambil berseloroh , hambo cakap kat akak yang sedang parut kelapa guna mesin ;
" Ko , lain kali biar je la dia parut guna kukur tuh .
Kan dia nak tunjuk ke expertan dia !
Dah separuh siap baru lah ko mention yang mesin tuh masih boleh guna . "
( adik bungsu yang otak jahat )
heheheeee ...

" Kalau nak tunggu ke expertan tu ,
kang mak makan kul 2 pm lak " .
Kakak yang sedang pegang kukur tu masih selamba jer pi sambung cerita kukur dia .
Memang dah tabi'i kuat bercakap ,
tak heran pun yang lainnya !

Hambo pun sebenarnya dah tak terfikir kan mesin parut kelapa tuh .
Maklum lah dah teruja dengan kukur kelapa dan cerita si kakak .

Bila dah kumpul beramai - ramai nih ,
macam - macam ragam dan cerita ada kan !
Cuma masa kat kg tu , 
tetiba line celcom slow sangat connectnya mengalahkan siput!
tu yang terpaksa puasa daripada berblog seminggu ...








10 Sila komen:

  1. kekecohan bersama keluarga yg best! tak boleh dapat pengalaman berharga ni kat luar...

    ReplyDelete
  2. Mesti susahkan Vee guna kukur tu..lain macam aje nampak..nway kita klik nuffnang kat sini..

    ReplyDelete
  3. dah lamer xkukur kelapa....skank semua bli yg mesin jerr...

    ReplyDelete
  4. Kakak tak pernah jumpa kukur yg dlm gambar tu tau. Tapi mesin kelapa yg ngeeeeenggg... tu biasalah rumah kakak pun ada..

    ReplyDelete
  5. cik anis pernah guna kukuq nyok..hehe mcm ala2 gadis melayu gitteww

    ReplyDelete
  6. Kukur kelapa tradisional. Kalau la ada generasi millenium ni yang masih boleh parut kelapa guna Kukur ni. HT sangat respect. Kak Vee orang lama, maybe boleh guna lagi kan.. hehehe

    Tapi Kukur kelapa ni still populer Time sukaneka hari keluarga. HT Pernah join, dapat nombor 2 + jari berplaster

    ReplyDelete
  7. kukur nie memang seronok...ingat kecik2 tolong mak parut kelapa guna kukur nie..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...