Assalamualaikum ...
Melayan kerenah anak buah yang dok merengek nak gi Putrajaya .
Meronda - ronda kat Karnival Usahawan Desa .
Kesian tengok mereka bosan dok depan tv di hujung minggu ,
Maka , disinilah kami berada ...
Inilah penanda kepada Karnival Usahawan Desa KUD .
Snap daripada jauh jer .
Mata pun dah melilau banyak booth ,
dah tak boleh nak fokus kat satu tempat lama - lama .
Pengunjung memanglah sangat ramai .
Berasak asak kat kaki lima booth sebab nak elak panas .
Food court tak der yang kosong.
Makanan boleh tahan la juga mahal nya .
Kalau fun fries dalam polisterine burger tu RM 3 ,
pengsan tak mak Jemah ?
Jumpa lak ais krim potong .
Masa kesil-kecil kat kampung ,
selalu ada penjual guna motor dan loceng jual ais krim nih .
Tak sangka kat sini leh jumpa ...
Si kecik tu , kalau pi carnival , mesti tapau satu belon .
Wajib !
Ada booth tv Al Hijrah , Media Prima dan RTM .
Pengacara majlis berceloteh daripada booth RTM .
Al - Hijrah sedang wat demo memasak bersama chef pak arab .
Booth Media Prima lak wat quiz yang sangatlah mesra pengguna soalan - soalannya .
Nak bagi pengunjung menang mudah sebenarnya .
Setiap kali soalan dan pilihan jawaban dibacakan ,
setiap kali tu ler orang - orang yang dengar gelak gila ...
Ni antara badan - badan yang terlibat dengan pameran .
Antara pameran - pameran yang sempat saya snap .
Antara aktiviti yang berlangsung pada hari tuh ...
Pameran kereta yang sangat awsome dengan macam - macam design serta kreativiti .
Banyak antara kereta nih yang menang pertandingan .
Antara aksesori yang menarik perhatian saya ...
Ada yang letak hello kitty kat atas bumbung dan dalam kereta .
Ada juga yang letak lampu lip lap cam imej kat sebelah kanan .
Dah penat mengukur KUD yang memang cukup luas tu ,
air pun dah beli banyak kali .
Beli sikit junk food untuk piknik kat tepi tasik sebelum balik .
Sambil makan sambil tengok bot , cruise , ikan dan adik beradik gliding ( tak tau nama ) yang sedang terbang
heheheeee ...
Kereta pun park kat situ sebab park awam penuh !
Jauh berjalan nak ke karnival ...
Kaki memang sakit gila .
Lain kali kalau niat nak mengukur jalan ,
sila pakai kasut flat dan lembut fabriknya ...
Melecet dah wooo ...
Si kecik yang excited sangat pun akhirnya minta dokong ...
Owh , ada juga yang tak terfikir nak snap .
Antaranya aktiviti menyulam kat tudung saji ,
Mini saloon , kraf
dan aktiviti lain dari KEMAS ,
selain menjual makanan keluaran desa ,
pakaian dan keperluan rumah
Dah panjang lebar udoh cerita ...
Karnival kat Putrajaya memang tak pernah mengecewakan .
Sentiasa happening tak kira malan dan siang !
Itulah salah satu cara nak galakkan rakyat berkunjung ke Putrajaya .
Jumpa Lagi ...
Banyak jugak booth yang join ya vee..
ReplyDeleteeh, datang sini ke? dekat ngan opis saya tu, tp tak sempat nak pergi pun, bz le..hihi
ReplyDeletemak ooooi bestnyer..jeles sebab tak dapat perginyer...
ReplyDeletemenarik2 belaka nampaknyer...
rajinnya Vee layan anak buah..:)
ReplyDeleteaiskrim potong tu kalau anak sy nampak kompem berenti nak minta beli hehe
assalamualaikum, meriah dan ramai pengunjung yer...bunda tak pergi..tak sihat..
ReplyDelete