Projek 2 ; Kimchi Versi Hambo


Assalamualaikum ...

Bermula lah projek ke 2 untuk mangga hambo nih .
selak peti sejuk ,
ada lak bahan - bahan yang diperlukan .
Jom tengok step seterusnya ...

1- Masukkan udang kering dan cili padi ke dalam lesung , 
tumbuk hingga hamcur .
Sukatan ikut suka hati korang .
Dah tabiat hambo suka main campak - campak jer .


2- Ambil bawang putih , bawang merah , halia , 
parut asing - asing guna parut cam kat atas tuh .
Hambo parut sebab nak buat sikit jer .
Kalau nak wat banyak , bland jer .
Lagi mudah .



3- Ambil bahan nombor 1 , nombor 2 , 
pes cili ( korea guna serbuk cili )
dan garam .
Masukkan kat mengkuk cam kat atas tu ,
Pastu pi gaul mereka bagi mesra .
Jangan lupa rasa dulu , 
cukup ke tak perasanya .



4- Kat tengah tu , pes yang dah dicampur kat nombor 3.
Ambil sayuran .
Korea guna sawi yang di perap dengan garam selama 15 minit .
Ada juga Kimchi Korea guna lobak putih .
Rasanya macam tak lalu lak kat tekak nih .
Ikut suka korang nak sayur apa .
Hambo memang tak ikut seratus peratus sayur kimchi Korea .
heheheee ...

Hambo guna sayur yang ado dalam peti sejuk jer .
Sayur taugeh , kacang panjang , kobis , bawang besar dan
Mangga buah tangan kampung .
Hambo buat kimchi ni sebab teringin nak letak mangga .
Suka hati korang lah kalau nak kata macam kerabu .
Hambo tak kisah pun !


Sila abaikan bekas yang comot tu yer ...

5- Gaul semuanya hingga mesra .
Gunakan tangan lebih baik .
Kalau tangan tu tak nak panas , sila guna sarung !
Hambo tak guna pun .
Lepas selesai , trus jer cuci tangan .
Nasib baik tangan tak panas dek cili ...
hahahaaaa ...



Dah siap , boleh lah dihidangkan untuk dimakan sekeluarga .
Anak buah hambo cukup suka dengan makhluk ni .
Ni dah kali yang keberapa entah hambo buat .
Jenis sayur mentahnya memang tak sama .



Kat dalam mangkuk ni untuk disimpan kat dalam peti .
Kalau dah lapar sangat , 
Makan nasi dengan kimchi jer pun dah lazat !

Perasanya banyak versi .
Kalau kat korea , ada letak arak , pes udang , perahan lemon , cuka .
Pernah sekali tu mereka letak coke .

Saya pernah cuba letak cencalok .
Tak sedap langsung selain masin !
Bila masukkan budu , sedap !
Lidah hambo lah yer ...

Hambo nih suka bereksperimentasi .
Kalau tak cuba mana tau sedap ke idak .
Yer tak ?

SELAMAT MENCUBA !





14 Sila komen:

  1. mesti macam kerabu mangga kan? hubby suka kerabu, boleh try gak ni

    ReplyDelete
  2. tgk kimchi mcm kerabu mangga pn ade heheh

    ReplyDelete
  3. bole try ni^^ terbang dari blog budak pening.. done follow sini #166

    ReplyDelete
  4. Kobis korea tue xsdap. Tekak xleh nk terima huu

    ReplyDelete
  5. sedapnyer, boleh dicuba ni tq share yer !

    ReplyDelete
  6. Pandailah Vee. Memang betullah masak pun kena try and error dah tahu yg sedap ingatkan resepinya sebab lain kali boleh buat lagi...

    ReplyDelete
  7. salam sayang..
    wah nampak sedap mintak siki..dah lama tunggu kat ceruk dapur ni ha...hee...sedap2

    ReplyDelete
  8. Wah ada kimchi versi malaysia..menarik..nanti boleh cuba..thanks vee..

    ReplyDelete
  9. wauuu.. berselera plak teman nengoknya.. nyum2

    ReplyDelete
  10. yummy...xpernah try lagik kimchi nie...ntah kena ntah tidak dengan selera rietta pown xtaw...

    ReplyDelete
  11. alahai.. dah la x mkn lagi.. nmpk plak gambar tu, terus rasa lapar...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...