ABC Dadih Homemade


Assalamualaikum ...

Hari ni kita dah berada di hari terakhir tahun 2013 .
Yang manis jadikan kenangan .
Yang pahit jadikan teladan dan pengajaran .




Mr. Google dah memulakan pengiraannya .
Sahabat pula bagaimana ?
QV sebenarnya tak terasa pun hari hampir berlalu .
Malah hari krismas yang lepas pun , QV boleh lupa .
Dah tua , macam ni ler lagunya .


Dadih udah beku ... anak buah letak kat dalam bhg sejuk beku .


Malam ini mungkin ada pertunjukan bunga api di tempat tertentu .
Ado ko ? Cam takdo jer . Hujan sudah mai la beb !
RM pun kena jimat gak .
Kita tengok jer kat tv 
manusia satu dunia merayakan New Year .
QV cuma suka tengok bunga api 
yang banyak kaler dan bersinar tu .




 Melayan anak buah buat dadih .
Makannya sikit jer . 
Lebihannya anak buah pi simpan dalam tempat air batu .
Dah tentulah beku kan !
Maka ais krim lah jadinya .

So . QV 
ambil mangkuk , isi sediki air .

Tuangkan susu pekat manis secukup rasa ,
masukkan sedikit sirap aka warna merah .
Kacau sebati sampai jadi bandung .
Pastu , guna scoop ais krim , ambil dadih beku tadi .
Masukkan ke dalam air bandung .


Tabur jagung , kacang , cincau , agar - agar ,

dah boleh jadi ABC homemade kan !

Jom makan !

Kepada yang memulakan persekolahan esok ,
Selamat Bersekolah dan selamat kembali bekerja .
Kat sini esok cuti .


13 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...