Ragam Orang Mengandung ...


Assalamualaikum ...

Dah beberapa hari my kakak asyik dok muntah - muntah jer 
setelah disahkan pregnant .
Ni bukan yang pertama 
tapi masih tak dapat cara yang paling sesuai
nak hilangkan loya .

Sambal totok 

Beberapa hari ni ,
my kakak hanya boleh makan nasi 
bersama sambal totok ( tumbuk )
dan buah - buahan jer.

Asam keping dengan garan 
dan asam jawa golek kat gula 
untuk kurangkan loya .
Orang Korea hilangkan loya dengan memakan oat .
Tapi cam tak berkesan jer kat kakak hambo .

Asam Jawa golek kat gula

Kalau Teman - teman ada cara yang lebih berkesan ,
kongsi - kongsikanlah kat sini yer .

Sedang menaip ni , 
terdengar lak anak buah tanya kat mamanya ;
" nape mama tutup hidung ? "
senyum jer hambo dengornya .
Anak - anak belum faham ragam mamanya 
yang mengandung .

Al kisah , anak buah yang lelaki goreng telor 
untuk si kecik .
Walaupun dia terpaksa menenggek kat kerusi ,
gigih dia melaksanakan perintah mamanya .
Dah tentulah baunya sangat tak digemari si mamanya !

Akak saya ni , dari dulu sampai la ni 
bila mengandung jer ,
mesti cari nenas .
Kajian sains kata boleh gugurkan kandungan .
Tapi akak saya selamba jer .
Memang lasak perut dia nih !

Moga kali ni melekat hingga bersalin .
Sebelum nih dah keguguran .
Semoga Allah permudahkan segalanya ... aaamin .


9 Sila komen:

  1. Akak pun fobia n trauma bab ngandung ni....sampai dah bersalin pun kesan alahan ada lagi....aduh ngeri juga. Tapi itu bahagian masing masing. Terima dgn redha. Memang simpati kat mereka yg alah teruk tu....semoga segalanya selamat.

    ReplyDelete
  2. Setahu saya berdasarkan pengalaman isteri yg beranak enam, tak ada cara yg betul2 berkesan bagi menghadapi masalah morning sickness ini. Lama2 lepas kandungan semakin besar, ia akan hilang sendiri..Kata isteri ia adalah antara pengalaman paling indah yang dicipta Allah utk makhluk istimewa bernama wanita dan kita tak perlu risau menghadapinya....

    ReplyDelete
  3. kerenah ragam hamil muda ni mcm2...bersabar sajalah, makanlah apa saja yg tekak terasa ingin nk makan...in sya Allah x mengapa kot.

    ReplyDelete
  4. Itulah nama kerenah org mengandung. Kakak pun sama dek kerana mengandung anak pertama itulah kakak pandai makan sambal belacan sampai sekarang. Tak tahu kenapa boleh suka sangat makan sambal belacan, nasib baik anak lahir kulit dia ok... sebelum tu kakak tak pandai tau..

    Tak kisahlah dgn kakak Vee tu janji dia boleh makan. Kesian juga...

    ReplyDelete
  5. itu ragam pada awal awal mengandung. jangan amalkan asam sangt, nanti tingi lak uric asid. banyakkan minum air suam dan cakap kt minda..relax relax and relax. kerana dari minda yg positif maka kuranglah loya dan alahan. insyallah..jangan lupa juga doa. itu yg sy amalkan. alhamdulilah

    ReplyDelete
  6. sambal toto tuh sedap..mkn ngn nasi kosong pn sedap

    ReplyDelete
  7. oh, Ros pun belum ada pengalaman . tak dapat nak berkongsi cara hilangkan loya tu..

    ReplyDelete
  8. tulah...sy pun xtau macm mane cara nak hilangkan loya nie...mybe vee boleh google petua2 orang lama kot

    ReplyDelete
  9. Iyalah sy pon igt kalau alahan kan bukan senang nak rawat. Tapi mmg makin kandungan membesar alahan akan hilang. Wanita mengandung ni mmg kena byk bersabar. Dugaannya macam2. Yang penting kita jgn layan sgt kalau kita rs mcm down sbb kita alah2 ni kan.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...