Mama , Pukul Berapa Bunga Mati


Assalamualaikum ...

Kisah di pagi hari .
Sedang semua orang enjoy dengan drama Korea ,
anak buah nampak rama - rama hinggap di bunga raya .
Mereka suruh saya snap dan masukkan kat blog .
Cantik katanya .


Maka bersemangatlah saya membawa kamera ,
menunggu si rama - rama 
yang malu - malu kucing nak hinggap .
Bila saya nak snap , dia terbang lah pulak .



Dalam pada si rama - rama itu mengadjust nak lending ,
tetiba jer melompatlah si mieow megpie .
Hanya sekali lompat ,
si rama - rama dah berada kat mulutnya .

Maka berlarilah hambo menangkapnya 
sebelum si jantan megpie ni melarikan diri .
Nasib baik rama - rama tu masih boleh terbang .
Dan tak kembali lagi ...
Terbengkalai lah projek saya .


Si kecik ini datang membawa bunga raya 
yang sudah layu aka kuncup .
Dengan selamba dia bertanya ;
" Mama , pukul berapa bunga ni mati ? "
Berderailah tawa seisi rumah dengan soalanya .
Maka banyaklah versi jawapan daripada kakak - kakaknya ...
juga mak usunya ...

Sebenarnya lebih kepada membuli .
cian dia ... hahahaaa .



7 Sila komen:

  1. haha.. budak-budak macam gitu la Vee.. kadang pertanyaan diluar kotak fikiran kita.. :)

    ReplyDelete
  2. ala cian dia kena buli..
    bagus, sifat ingin tahu dia menunjukkan dia ni sorang yang pintar kan.. ^_^

    ReplyDelete
  3. CANTIK BUNGA RAYA TU...KALAU RAMA2NYA PUTIH KUNING YG HINGGAP TENTU BERSERI...

    ReplyDelete
  4. nk kebumi bunga tu pukul berapa tu? hahhahha..yg ni mmg siyes kelakar. Akal bdk2 yg nk tau..sabar jela..
    Btw...chot BW sini ye.. :0

    ReplyDelete
  5. hahah sian dak kecik kena buli dgn mak sedara dan kakak2.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...