Assalamualaikum ...
Banjir dah melata kat Malaysia nih .
Semoga mereka yang melaluinya ,
tabah dan sabar dengan ujian Allah ini .
Semoga mereka yang melaluinya ,
tabah dan sabar dengan ujian Allah ini .
tenggelam dek banjir kat FB .
Makanya , hari ni hambo nak share cara nak merawatnya ...
Kalau kereta teman - teman semewah ni ,
nangis ler bila tenggelam dek air banjir kan !
Selepas kuarkan kereta daripada air banjir ,
jangan hidupkan enjin sebab
aliran elektrik yang mengalir ke dalam sistem elektronik enjin termasuk kotak komputer
( untuk kereta suntikan elektronik )
ketika saki baki air banjir masih ada akan sebabkan litar pintas .
Malah kesemua sensor yang biasanya beroperasi semasa kita menyalakan suis enjin
juga akan terbakar sama .
Hantar ke bengkel dan baraikan satu persatu .
Periksa palam pencucuh kereta , minyak enjin , minyak petrol .
Pastikan tak ada air dan tak bercampur dengan air .
Selepas 2 / 3 hari ,
cek sama ada enjin dah betul - betul kering
aka bebas daripada air .
Barulah hidupkan enjin .
Kalau hidup , alhamdulillah !
Jangan gerakkan kereta selagi kotak gear belum diperiksa .
Periksa minyak kotak gear yang biasanya berwarna merah .
Kalau warna minyaknya bertukar kepada bandung
( merah susu )
bermakna sudah bercampur dengan air .
Teman - teman hanya perlu tukar minyak gear ,
jalankan kereta untuk 2 - 5 minit .
Pastu periksa semula minyak gear .
Buat berulangkali ( 7 / 8 kali )
dan akan menggunakan 15 - 20 liter minyak kotak gear .
Pastikan sampai minyak gear betul - betul berwarna merah jernih
atau tak bercampur dengan air .
Kalau tak de kerosakan melibatkan peralatan elektronik ,
kos cuma akan melibatkan
upah , minyak enjin , minyak kotak gear
dan beberapa peralatan yang sensitif kepada air
seperti penapis udara ( original ) .
Sumber ; amekaw
Sesiapa yang nak bertanya lebih lanjut ,
sila pergi ke workshop untuk dapatkan
nasihat professional daripada mekanik bertauliah !
heheheee ... jangan marah yekkk
mesti rawat....
ReplyDeletebagus ni..boleh copy ye..
ReplyDeletebkn sebiji dua ye...satu kampung..Allah
menangis kalau kereta sendiri kena macam tu uhuhu
ReplyDeletenice info untuk musim banjir ni!
ReplyDeleteKawan dari Kedah berpesan kalau nak beli kereta second hand jgn beli kereta plet no Pantai Timur dan Johor...bahaya!!!
ReplyDeleteada terbaca juga di facebook. a good reminder untuk semua..
ReplyDeleteketa encik hubby dari 2007 sampai skrg tak cek semua..banyak problem sejak terendam banjir dulu..
ReplyDeleteberguna sebagai panduan ni
ReplyDelete