Labu Masak Lemak Pucuk Manis .


Assalamualaikum ...

Dapat buah tangan dari kampung .
Maka gembiralah hati hambo tak terkata .
Tercapailah hajat hambo .
Nak tau apa hajat tu , meh tengok kat bawah .



Ini sayur pucuk manis .
Hidup subur di taman mini herba .
Dah makin beranak pinak .
Sedap masak bersama labu .



Hah ! mengancam tak labu hambo ?
Ni lah buah tangan yang menggembirakan tuh !
Maka , apa nak tunggu lagi ?
Jadilah impian hambo nak masak 
pucuk manis dengan labu .



Pucuk manis yang sudah dipetik .
Sedia untuk disayur bersama labu .




Tadaaaa ... dah siap dah . 

Masak Lemak Labu bersama Pucuk Manis 


Cara memasak senang jer .

Bawang merah , bawang putih , kunyit , cekur , udang kering dan cili padi ditumbuk kasar .

Masukkan santan cair , labu dan bahan tumbuk ke dalam periuk .

Bila dah didih , 
masukkan  santan pekat dan pucuk manis .
Bila daun pucuk manis dah layu , matikan api .

Siap untuk dihidang .
Selamat menjamu selera .




8 Sila komen:

  1. Sedap dipandang, lebih sedap dimakan...Mesti makan bertambah nie...

    ReplyDelete
  2. labu tu nmpk halus n xberurat...sedap buat pengat r lepat tu...

    ReplyDelete
  3. pucuk manis sama ke dengan pucuk paku? adehh konpius. tp tengok gambar mcm prnah makan. haha labu nie ibu hana suka masak pengat. tp hana tak gemar sangat labu nie. haha

    ReplyDelete
  4. sedap kak..masa beli nasi memang selalu ambik lauk ni...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...