Konspirasi Terkantoi .


Assalamualaikum ...

Pergi ke Giant mencari keperluan .
Si anak buah lak nampak Subway .
Merengek saja , sudahnya layan jer la keinginan mereka tuh .


Inilah yang anak buah idam - idamkan .
Maka pejam mata jerlah si mama membayar .



Besar rupanya sandwich ni . 
QV dan bonda cuba boleh habis separuh jer .
Tak larat nak makan semuanya , kenyang !



Hahaaaa ... ada coklat rupanya !
Ni si mamanya yang mengidam coklat !
Satu paket ni kena kongsi berdua .
Besar , ya ... agak besar untuk seorang .
Sebab my bonda tak nak , 
maka mak usunya dapat ler makan sensorang ... 
heheheee



Pakej lengkap untuk hidangan kami .
Nasib baik QV berat hati jer nak memasak .
Kalau tidak , confirm membazir .

Dalam lebih kurang 12 malam ,
Si tiga lagi anak buah yang join abahnya pulang ke kampung ,
tetiba sudah berada di depan pagar rumah .
Sepatutnya mereka pulang pada malam esoknya .

Maka bulat lah mata 2 orang kakak nya .
Maka segeralah mereka  pi sorokkan coklat yang ada dalam aisbox tu .
Bila 3 beranak tu masuk ,
soalan pertama yang keluar daripada mulut si akak ;
" kenapa balik cepat sangat . "
Si adik yang terpinga - pinga tu menjawab ler dengan jujurnya ;
" Abah nak balik , balik jer lah . "

Tetiba si adik ni ternampak lak tisu Subway kat atas lantai .
Laju jer la mulutnya bertanya ...
... hahahaaa ... nak menangis si adik tak dapat merasa !
Nasib baik ada lagi baki separuh nenek punya .
Juga air botol yang belum habis diminum .
Berkongsilah si adik berdua .

Kerana ketidakcekapan si kakak menyimpan coklat ,
sudahnya , hanya beberapa minit saja , 
si adik sudah dapat mengesannya .
... hahahaaaa ...

Betullah bagai dikata , 
orang tamak selalunya RUGI ...



13 Sila komen:

  1. hehehehehe..siannyer ...

    ReplyDelete
  2. coklat mmg kesukaan ramai..sedap sangat anak2 ni mmg tau nkcari kat mana...buat penat je menyoroknya...

    ReplyDelete
  3. Akhirnya terkantoi juga si-kakak kan..? Ia pengajaran utk kita org2 dewasa, kalau nak sembunyikan fakta kena buat secara berhemah, hehehehe....

    ReplyDelete
  4. hahahaa...Nasib baik ade tertinggal sikit..
    tak pe lah boleh beli lagi...hihiih

    ReplyDelete
  5. wahhh..nak tergelak pun ada, pernah berlaku kat saya, bawak dua anak buah yg satu geng (budak kecik atas satu urusan), lain tinggal kat umah, pastu lapar pegi makan kat KFC, sebelum balik pesan dulu, nanti jangan cerita kat org lain kita makan KFC, nanti diorg terliur, mak induk(makcik), tak cukup duit nak beli untuk semua, ini rahsia, tau. Diorg pun angguk-angguk. Balik, tau tak apa diorg bgtau kat adik beradik? Korang nak tau...kitorg dengan mak induk ada rehhsiaaa.......(dengan mimik muka eksyen). Huhuhu..kantoi den bila semua nak tau rehsia apa..maklumlah budak kecik

    ReplyDelete
  6. hihi.. biasa terjadi jugak macam ni.. terkantoi :)

    ReplyDelete
  7. Tergelak akak baca entry QV..lebih kurang macam adik beradik akak..adik beradik ramai mesti ada yang kedukut dan tamak..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...