Cencaru Masak Kerutub


Assalamualaikum ...

Bila balik dari pasar ,
ikan cencaru memang tak boleh blah .
Dah tu jer antara ikan yang paling murah .
Nak menghadap telur dan ayam jer tak larat lak .
Orang umah ni tak berapa nak suka daging .
Makanya , nak tak nak , ko hadap jer la ka, Cenca cencaru tu .

Cencaru Masak Kerutub



Nak goreng , dah selalu .
nak panggang juga deh jemu .
Masak kicap , kicap si kecik tu lak cepat habis nanti .
Maka anak buah pun menggodeh buku resepi .
Ni lah yang dia jumpa ...

Ikan Masak Terutup !

Cencaru Masak Kerutub

Si kakak sulung ni , kalau di dapur nekad jer .
Tak de nak sukat bagai macam no 2 tuh .
Bila QV n my kakak pi jenguk ,
mak aiii , ngeri tgk dia menyediakan bahan .
Ikut suka dia jer berapa banyak dia nak letak ko !
Nak membuatnya senang jer .
ni bagi sesapa yang nak cuba lah .
Cencaru Masak Kerutub

 Ikan Caru Masak Kerutup

Mula - mula mestilah goreng ikan cencaru .

Bila dah mas ak , angkat .

Lepas tu masukkan ;

Bawang putih , bawang merah , halia , lengkuas , kunyit , serai ,
cili boh / kisar , cili padi dan belacan dan air
ke dalam blander .
Panas kan minyak , tuangkan bahan yang di bland tadi .
Tumis hingga naik minyak beb .
Pas tu pi masukkan sedikit air asam jawa dan bahan perasa .
Bila dah sebati , masukkan ikan cencaru goreng .
Bolak balikkan ikan tu .
Bila kuah dah pekat , tutup api .
Dah boleh hidangkan !

Selamat mencuba !



2 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...