Ikan Keli Lemak Cili Padi Segera


Assalamualaikum ...

Kisah di pagi hari pergi ke dapur membuat air .
Mata memandang sepi pada longgokan plastik dari pasar 
yang berisi barang kering juga basah .

Ikan Keli Lemak Cili Padi Segera



Tetiba plastik berbunyi .
maka menoleh la QV pada longgokan plastik tu .
Owh , sayur sawi pak choi jatuh rupanya .

Sedang santai menonton tv , 
tetiba teringat lak sang meow yang belum makan .
" Hanani , bagi kucing makan . Ambik ikan kat peti tu pi rebus . "



Angin sedang malas nak siang ikan .
Sumbat jer la dalam aisbox .
Sebelum kena ngap dengan si mieow .

" Mak usu , ada ikan hidup dalam peti . "
Tadi QV yang masukkan ikan tu .
Tak nampak lak ada ikan hidup .


Ikan Keli Lemak Cili Padi Segera

Rupanya ada 3 ekor ikan keli yang masih hidup .
Cepat - cepat suruh anak buah keluarkan dan letakkan kat singki .
Kalau biarkan ikan tu mati dalam aisbox , 
dah macam menyeksa lak .

Esok pagi tengok , cuma seekor jer yang dah mati .
Nak siang hidup - hidup memang tak jalan lah .
... heheheee .
Biarkan jer la sampai semuanya mati sendiri .
Kalau dapat siput sedut pun cam ni ler lagunya .
Bagi jer la kat sesapa yang tak kesah untuk ' uruskan ' mereka nih .
Janji bukan diri sendiri yang buat !


Ikan Keli Lemak Cili Padi Segera

Akhirnya masuk belanga juga .
Masak cara orang nak cepat aka tak rajin .

Ikan keli masak lemak cili padi .

Ambik blander , masukkan 

cili padi , bawang merah , bawang putih , kunyit , 

ubi cekur dan serai .
Ambil periuk , 
masukkan santan cair dan bahan yang di bland .
Bila dah mendidih , 
masukkan ikan keli , santan pekat , daun cekur dan daun kunyit yang dimayang halus serta bahan perasa .
tutup api bila kuah santan sudah pekat .

Jom makan !

12 Sila komen:

  1. hehehe...habislah kesejukkan ikan tu....

    ReplyDelete
  2. tak pernah beli ikan keli lagi tapi selalu makan yang dah dimasak hehehe..

    kalau sayapun memang tak sampai hati..

    ReplyDelete
  3. Nak bagi ikan keli mati, letak keli dalam basin, buh garam, tutup cepat2 dgn tudung periuk ke ape2 la.. tindihkan dengan lesung atau ape2 juga.. haha.. sebab ikan keli tu bakal berdisko kat dlm.... huhu

    ReplyDelete
  4. mahap ler...saya pun, kalau keli hidup serahkan dengan segera kat orang lain untuk uruskan...tak sampai hati, kang takleh makan lak

    ReplyDelete
  5. haa..sme la..mmg xsmpai ati nk siang keli idup tu..tp klu mkn suke..hehe

    ReplyDelete
  6. Penyayang QV ni... Mmg tak smpai hati nak biar ikan tu mati dlm freezer. Tapi nnt dia akan jadi lagi segar.

    ReplyDelete
  7. Ikian keli masak lemak cili padi...woww, faveret saya tuh....

    ReplyDelete
  8. Sesiapa nak beli upt(rm1/pc) dan opk (rm1.2/pc), boleh beli dengan saya 012-2723104

    ReplyDelete
  9. kalau dah masak terus je sampai hati nak makan heh

    ReplyDelete
  10. ikan keli tue la yang sepak sawi tue jatuh ye. hihihihi

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...