Ketayap Pelangi


Assalamualaikum ...

Esok tak tahu nak buta sarapan apa ?
Jom kita try buat pankek aka lempeng pelangi .
Kita gulung jadikan ia sebagai KETAYAP .



Untuk warna hijau berbelang pink :
Gunakan jus pandan untuk warna hijau  
sirap ros untuk warna pink .
* Cecair adunan guna santan

Untuk Belang coklat pula :
Gunakan perasa vanilla untuk warna natural  
perasa coklat / milo / koko untuk warna coklat .
* cecair adunan guna susu cair / segar .


Bahan adunan :

Campurkan 
1 cawan tepung gandum , 
1 1/2 cawan susu / santan , 
2 biji telur , 
2 sudu besar minyak masak 
dan
sedikit garam 


Cara membuatnya ;

Campur adunan jangan sampai berbiji .
Boleh juga guna blander .

Curah atas kuali berselang seli warna .


Cara Menyediakan :

Sapukan madu / susu pekat manis 
sebelum digulung .


Selamat mencuba .



3 Sila komen:

  1. Assalamualaikum QV.. wahh cantik dan kreatif sangat... lama tak makan ketayap. selamat pagi, singgah sambil menabung sini~~~

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...