Assalamualaikum ...
Niat di pagi hari nak buat breakfast .
Dalam kepala cuma terfikir nak masak mee kuning . Maka bermulalah projek QV didapur .
Macam biasa , QV bermula dengan
menyediakan bahan - bahan sampingan .
Sekeping daging burger dihancurkan .Sebatang fish cake yang dihiris .Sebiji tomato dibelah enam danDua pokok sawi yang di potong - potong .
Sesudah itu QV mula panaskan kuali .
Masukkan sedikit minyak .1/2 sudu pes bawang putih .1/2 sudu pes bawang merah .Sesudu serbuk kari .Sesudu sos cili .Sesudu kicap perasa lemak manis .Sedikit serbuk secukup rasa .Kacau mereka ni sampai mesra .
QV nak buat mi goreng basah .
Jadi QV masukkan 2 cawan air .Bila air mendidih ,masukkan sebungkus mee kuning dan gaul mesra .Bila kuah dah agak meresap , tutup api .Selepas tutup api ,barulah QV masukkan sedikit garam .
* sudu yang QV guna sebagai penyukat
Sampailah masa untuk merasa .
Alamak ! Masin lah pulak .
Maka ligatlah kepala otak ni fikir
camna nak kurangkan masin tu .
Masa tu otak cuma terfikir mayonis " thousand island " .
Ambil sesudu , ceburkan kat mee dan gaul mesra .
Alamak ! rasa masam lah pulak .
Mesti anak buah tak nak makan nanti .
Daripada membazir ,
QV masukkanlah sesudu lagi kicap lemak manis .
Lepas tu nekad jer , lantak lah kalau korang tak nak makan !
Ambil sepinggan suap kat my bonda .
Tetiba lak my anak buah kata :
" mak usu , sedaplah , macam rasa spagetti ! "
Erkkk ... alhamdulillah .
Ambil sikit mee , letak kat pinggan dan snap untuk wat entry .
Simpanlah dulu , petang sikit baru makan .
Bila sampai masa nak makan ... adehhh .
Buuuulat mataku melihat adegan yang sedang berlangsung !
Selamba jer my abang ipar meratah dengan lazatnya .
Maka QV telan air liur je lah gamaknya
melihat mee ku yang licin !
... malang pak kaduk di petang hari jadinya .
Tak dapatlah QV nak merasa !
Kesiannya QV tak dapat merasa mee..
ReplyDeleteSedap le...
ReplyDeleteQV pandai olah resepi, patut la sedap :)
ReplyDeleteMesti sedap la tue QV. sampai habis licin.. kesian QV tak sempat merasa.. xpe lepas nie masak byk2 lagi k.. =D
ReplyDeleteSaya ni langsung tak pandai masak hahaha
ReplyDeletewah, boleh try nih!
ReplyDeleteEh.. macam sedap je.. teringin nak rasa :3
ReplyDelete