Bila Rasa Mee Jadi Spagetti


Assalamualaikum ...

Niat di pagi hari nak buat breakfast . 
Dalam kepala cuma terfikir nak masak mee kuning . Maka bermulalah projek QV didapur .

alt image tag


Macam biasa , QV bermula dengan 
menyediakan bahan - bahan sampingan .
Sekeping daging burger dihancurkan .
Sebatang fish cake yang dihiris .
Sebiji tomato dibelah enam dan
Dua pokok sawi yang di potong - potong .

Sesudah itu QV mula panaskan kuali .
Masukkan sedikit minyak .
1/2 sudu pes bawang putih .
1/2 sudu pes bawang merah .
Sesudu serbuk kari .
Sesudu sos cili .
Sesudu kicap perasa lemak manis .
Sedikit serbuk secukup rasa .
Kacau mereka ni sampai mesra .

QV nak buat mi goreng basah .
Jadi QV masukkan  2 cawan air .
Bila air mendidih , 
masukkan sebungkus mee kuning dan gaul mesra .
Bila kuah dah agak meresap , tutup api .
Selepas tutup api , 
barulah QV masukkan sedikit garam .


alt image tag
* sudu yang QV guna sebagai penyukat

Sampailah masa untuk merasa .
Alamak ! Masin lah pulak .
Maka ligatlah kepala otak ni fikir 
camna nak kurangkan masin tu .
Masa tu otak cuma terfikir mayonis " thousand island " .
Ambil sesudu , ceburkan kat mee dan gaul mesra .

Alamak ! rasa masam lah pulak .
Mesti anak buah tak nak makan nanti .
Daripada membazir , 
QV masukkanlah sesudu lagi kicap lemak manis .
Lepas tu nekad jer , lantak lah kalau korang tak nak makan !

Ambil sepinggan suap kat my bonda .
Tetiba lak my anak buah kata :
" mak usu , sedaplah , macam rasa spagetti ! "
Erkkk ... alhamdulillah .

Ambil sikit mee , letak kat pinggan dan snap untuk wat entry .
Simpanlah dulu , petang sikit baru makan .
Bila sampai masa nak makan ... adehhh .
Buuuulat mataku melihat adegan yang sedang berlangsung !
Selamba jer my abang ipar meratah dengan lazatnya .
Maka QV telan air liur je lah gamaknya 
melihat mee ku yang licin !
... malang pak kaduk di petang hari jadinya .
Tak dapatlah QV nak merasa ! 






7 Sila komen:

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...