Segar Jer


Assalamualaikum ...

QV bila memasak , tak suka sayur tu terlalu lecur warnanya .
Selalunya , bila warna sayur tu bertukar jer , 
QV terus off api gas .
Sayur kalau lecur sangat dah hilang khasiatnya .

Maka QV guna cara ni untuk kekalkan kesegaran warna sayur .
QV akan celur dulu sayur tu 
sebelum dimasak bersama bahan lainnya .


alt image tag

Caranya , mudah jer : 
1. Panaskan air , bila mendidih , masukkan sayur .
2. Bila tukar jer warna sayur tu , terus angkat .
3. Masukkan ke dalam air yang berais supaya proses masakan tu berhenti .
Kalau tak ada ais , cuci di bawah air paip yang mengalir hingga kepanasannya hilang .


alt image tag

Kat atas ni sayur kailan .
Nampak lecur sikit sebab sibuk nak menangkap gambar ,
maka sayur tu terendam lama sikit kat air panas lah .
Selepas dicelur , barulah sayur dipotong .
* sayur potong kemudian untuk kekalkan zatnya .


alt image tag

Bila nak masak kailan goreng belacan ,
belacan tu QV goreng hingga berderai , 
barulah tumis dengan bahan tumbuk lainnya .


alt image tag

Bila belacan dan bahan tumis lain dah sebati ,
masukkan kailan yang dah di potong .
Gaul mesra , tutup api dan angkat .
* tak perlu masak lama sebab kailan tu dah dicelur .


alt image tag

Hasilnya , kailan tu tetap nampak segar kan !
Teman - teman boleh juga buat pada sayur yang lain .
Cuma elakkan dipotong dahulu sebelum celur .
Sangat sesuai kalau nak masak sayur chap chai .

Nampak macam leceh , tapi QV suka buat .



9 Sila komen:

  1. Nampak leceh, tapi sayur memang segar..

    ReplyDelete
  2. samalah..saya pun suka sayur goreng yg x berapa nak lembik sangat..btter keras2 sikit bagi khasiat x hilang.. he..he.. good sharing

    ReplyDelete
  3. Saya juga suka yg segar dan hijau..Masalahnya budak2 tak suka sayur, agaknya sebab warnamya hijau? Mungkin untuk budak2 ada tips tertentu untuk menukar warna sayur menjadi warna-warna lain yang lebih menarik.... :)

    ReplyDelete
  4. haah, leceh sikit, tunggu masa sesuai boleh cuba, tapi hari keje..hmmm

    ReplyDelete
  5. samalah tak suka yang masak lembik2tu.. tapi kalau dulu mak mertua duk sekali kenalah masak gitu sebab kalau segar tu dia tak suka...

    ReplyDelete
  6. ooo xpernah taw plak rietta...bleh cuba nie...rietta pown suka sayur nmpak hijau...cantik mata memendang...segar jerr nmpak...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...