Ciri Yang Dicari Untuk Calon Suami


ASSALAMUALAIKIUM .......

Mencari calon suami bukan perkara yang mudah . Yo la , korang kan nak cari teman hidup ! Bukan sekadar menjadi pencari nafkah , penjaga dan pelindung kepada sebuah keluarga malah menjadi teman , kawan , sahabat , kekasih , suami dan ayah serta bersama kita di dunia dan juga di syurga . 

Antara ciri yang perlu ada :

1. Bila keluar bersama / dating , tak lupa pi solat .
Tak kira di mana dan ke mana korang pergi , bila masuk waktu solat jer , dia akan bawa korang pi surau atau masjid untuk tunaikan solat .

2. Mengofferkan diri jadi imam solat .
Bila bertamu di rumah keluarga korang , dia akan offerkan diri untuk jadi imam ketika solat bersama family korang .

3. Menghormati korang sebagai perempuan .
Bila berjalan bersama , dia akan biarkan korang jalan dulu . So kalau korang nak jatuh , sempatlah dia tangkap . Hahahaaaa . Kalau nak masuk kereta tuh , dia akan pastikan korang dah masuk dulu / bukakan pintu kereta . Bila pi makan , dia akan tunggu korang punya order sampai baru lah dia makan . Dia takkan suka - suka jer sentuh korang tanpa sebab dan izin dari korang .

4. Dia sentiasa perasan segala perubahan yang berlaku pada korang .
Kalau kat muka tumbuh jerawat , tukar fesyen rambut , tukar minyak wangi , bad mood , korang ada problem , korang sedih , dia akan perasan .

5. Dia suka dengar korang bercerita .
Dia akan menjadi pendengar dan komentar yang baik tak kira apa pun perkara yang korang ceritakan . Walaupun masa tu mungkin dia pressure dan banyak masalah kerja .

6. Dia sukarela nak kenal keluarga korang dan bawa korang kenal ngan family dia .
Dia rajin tanya pasal mak ayah , adik beradik korang . Sihat ke tidak . Kalau tak offer pun , dia akan offerkan diri jumpa family korang , kenal keluarga korang . Bila dia suka kat korang jer , dia terus bawak korang jumpa family dia . Itu tandanya dia memang serius dengan korang .

7. Bila korang perlukan bantuan , dia terus datang .
Itu tandanya dia carring sebab sayang kat korang walaupun masa tu mungkin dia ada perkara lain yang lebih penting untuk dilakukan .



SEMOGA CIRI - CIRI INI ADA KAT CALON KORANG ...








9 Sila komen:

  1. Replies
    1. Alhamdulillah ... ker ko masuk bakul lubang angkat sendiri ... heheheee ... peace yo ! ... gurau jer

      Delete
  2. Citi-ciri yg sempurna.. Saya tak ada kesemua ciri itu...

    ReplyDelete
  3. Emm,, masih mcari²..hua! Cm pyah je nk jmpa..mcm 1 dlm sejuta..

    ReplyDelete
  4. Eh, ni kena bercinta dulu la ye? Dan ciri paling penting, kalau dia betul2 nak ko, dia akan terus melamar ko dan bercinta lepas kawen. Heheh. Itu yang sebaiknya.

    ReplyDelete
  5. carilah calon suami yg sgt2 sygkan kita...qv lahtu..

    ReplyDelete
  6. Kadang2 masa belum kawin si-dia akan lulus semua ciri 7/7. Lepas kawin..ehem ehem....kalau lepas 4/7 ciri dah kira Ok lah tu...

    ReplyDelete
  7. wah QV, Hanif Idrus dah offer tu, kot bujang lagi apa salahnya kan, jangan marah QV yea

    ReplyDelete
  8. Hai, bukan mudah nak cari yang menepati kesemuanyakan, Vee. Kalau dapat separuh pun kira haruslah rasa bangga ada calon suami begitu ...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...