Menjauhi Kanser Melalui Pemakanan



ASSALAMUALAIKUM ...

Kanser adalah pembunuh dalam senyap . Ia boleh dielakkan kalau korang menjaga dan makan makanan yang sihat , amalkan gaya hidup yang sihat dan ceria .


CARA BERKESAN MENJAUHI KANSER

1. Kurangkan pengambilan makan ruji berkanji yang diproses 
Korang kena ambil makanan dari jenis sayur - sayuran , buah - buahan dan kekacang . Ia mengandungi Piun diet .

2. Elakkan kegemukan yang boleh menyebabkan risiko kanser 
Kalau wanita gemuk yang amat / obesiti , boleh meningkat risiko kanser endomentrium ( pengalas pangkal rahim ) , kanser payu dara pada wanita yang dah menopaus dan kanser buah pinggang .


3. Imbangi berat badan ditahap yang minima , mengikut usia.

4. Lakukan senaman kecergasan sekurang - kurangnya sekali dalam seminggu . 
Kajian mengatakan aktiviti fizikal , selain membantu mengawal berat badan , ia juga membantu mencegah kanser kolon  

5.Kurangkan pengambilan makanan bergula yang diproses terutama  air minuman di dalam tin .

6. Kurangkan makanan yang berlemak dan makanan yang bersumberkan daging .
Kandungan lemak yang tinggi boleh mendedahkan diri kepada risiko kanser kolon , paru - paru , payu dara dan prostat . Lebih baik kalau korang gunakan minyak sayuran dalam masakan .

7. Kurangkan garam dalam masakan .
Kandungan garam yang tinggi boleh menghasilkan kanser perut .

8. Elakkan makan makanan salai .
Ia membahayakan kesihatan sebab terdapat sebatian kayu di dalam pemakanan yang diasapkan  dikenali sebagai " heterocyclic aromatic " yang boleh menyebabkan kanser .

9. Amalkan makanan yang berkukus atau rebus .
Cara masakan ini dapat mengurangkan minyak dalam masakan dan dapat kekalkan khasiat makanan .

10. Banyakkan makan sayuran atau buahan yang mengandungi anti - oksidan .

Contohnya seperti buah strawberry , blue barry , epal , tembikai serta sayuran / makanan seperti : tomato , carrot , buah bit , pasta gandum ( polifenol ), kekacang ( polifenol ) , popcorn ( polifenol ) , telur ( lutein ) , yogurt ( riboflavin ) , susu ( carotenoid , beta - caroten dan lutein ) , minyak canola ( alphatocopherol ) .


Kalau korang nak sihat , amalkan lah diet dalam masakan korang . Ingat ! Mencegah lebih baik daripada berserah .






8 Sila komen:

  1. info yg sgt berguna...kesihatan yg baik adalh kekayaan sebenar.

    ReplyDelete
  2. Bagus perkongsian ni, Vee. Kanser ni memang sangat menakutkan sekarang ni. Makin ramai yang menderita dek kanser sekarang, mungkinlah sebab pemakanan yang tak seimbang.

    ReplyDelete
  3. kathy suka makanan berkukus..sedap..
    p/s:oh yer sis,kathy tak layak lagi nak buat mamo,umur belum cukup..ada 4 tahun lagi..hehehehe..dah tanya..

    ReplyDelete
  4. Banyakkan berpuasa dan makan hanya bila lapar mungkin jawapan terbaik untuk kesihatan manusia..

    ReplyDelete
  5. timm pulak mmg jrang2 minum air bertin, pastu dging pulak sush nk dpt, so mmg xmkn..slalu mkn ikan keli jer..lepas ni bolehlah try tip2 yg lain tu,, tq!

    ReplyDelete
  6. ooo, salai tak elok ye. Tak tau plak.

    ReplyDelete
  7. Kita hidup di dunia yang serba mudah, semuanya nak yang sedap2.... bersedap-sedap dahulu bersakit-sakit kemudian...

    ReplyDelete
  8. bgus tips ni sis..
    skrg sya snaman meng amalkan
    cuma pmakanan nak kurangkan makan berminyak dan makan mkanan berebus..
    nice sharing
    mnabung chup chap

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...