ASSALAMUALAIKUM ...
8 Sebab Badan Anda Berbau | Mesti korang tension kan bila badan berbau . Nak join kawan - kawan pun segan . Lagi malu bila korang nampak orang yang lalu sebelah korang tutup hidung . Camna tuh ? Rasa macam nak tanam kepala kat tanah jer kan macam burung unta ... heheheeeee
Antara sebab kenapa badan korang berbau :
Badan berbau itu perkara biasa bagi sebahagian daripada kita . Tapi itu tidak bermakna kita tidak boleh hilangkan bau pada badan kita . Berikut adalah 8 sebab badan anda berbau .
1. PELUH
Peluh korang akan berbau bila kelenjar peluh luar ( eccrine ) dan kelenjar peluh dalam ( apocrine ) bertindak balas dengan bakteria di celahan dan lipatan tubuh . Maka keluarlah bau yang tak harum tuh kat badan korang .
2. DIET
Makanan yang ada bau kuat macam bawang putih dan makanan berempah akan keluarkan bau busuk dari badan korang melalui liang roma terutama sekali pada ketiak dan belakang badan .
3. CARA PENJAGAAN DIRI
Kalau korang jenis yang aktif , banyak buat aktiviti kat luar , den cadangkan korang kerap mandi dan kalau perlu sapukan limau nipis pada badan terutama ketiak untuk bunuh bakteria dan hilangkan bau .
4. MASALAH KESIHATAN
Kalau korang ada diabetes , ambil ubat perangsang hormon , juga boleh hasilkan bau pada badan .
5. PAKAIAN
Kalau pakaian korang tak di cuci dengan sempurna atau di pakai banyak kali tanpa cuci , bau hapak akan lekat la kat badan korang. Sebab tu la , kalau korang rasa badan korang ni jenis yang kuat berpeluh , rajin - rajinlah tukar baju . Ataupun korang pakai jer la baju yang serap peluh . Lagi sonang .
6. TEKANAN
Bila korang stress dan gelisah , peluh mudah keluar dan tak terkawal walaupun korang sedang tidur . Jadi korang kena la pandai kawal emosi , elakkan stress .
7. SAIZ BADAN
Badan yang bersaiz besar lebih kerap dan banyak berpeluh walaupun buat aktiviti yang minimum .
8. CARA HIDUP
Orang yang kuat merokok dan minum arak lebih berisiko dapat badan berbau . Kalau peluh tak keluar pun , baju mesti bau rokok ... heheheee . Busuk gak tu !
ermm..memang lah badan berbau hilang keyakinan diri kan?
ReplyDeleteGood info. Dah ada mcm2 produk utk hilangkan bau badan.
ReplyDeleteSalam Kak Qaseh Vee;
ReplyDeleteInfo menarik, ingatan untuk diri sendiri juga.
betul tu..kadang kala bau peluh ni wat raas tak selesa..
ReplyDeletekena sentiasa jaga kebersihan badan
ReplyDeleteapa yg dimakan akan keluarkan bau badan..jadi kena makan makanan yg baunya harum r kurang berbau..
ReplyDeletenseb baik timm jenis yg xberbau klu peluh..hehe..kot, sbb kita xboleh nk bai bdn sndri kan..salam kenal, timm dr segmen mamaniza..
ReplyDeletePakai deodarant aje utk hilangkan bau... :)
ReplyDeletesegannya kalau badan berbau..nak lari tak boleh..
ReplyDeleteBO ni memanglah memalukan dan pada yang terpaksa menghidu tu, memanglah azab. Teringat zaman dulu-dulu masa masih menggunakan public transport (zaman LRT tak wujud lagilah). Bila bas sesak, macam-macam bau yang keluar. Kembang kempis hidung ni menahan sengsara !
ReplyDeleteEh, sekali lagi rasa macam dah baca dan komen nih!
ReplyDeleteBadan berbau tu satu hal tapi yang paling saya tak tahan bila badan berbau dek rokok. Memang tak boleh nak tahan-tahan nafas lagi dah!