Cara Mudah Untuk Lupakan " DIA "


ASSALAMUALAIKUM ...

Setiap orang dalam hidupnya ada pengalaman putus cinta . Korang ada ? Mesti ada kan! Tak kira la cinta monyet ker atau real punya cinta . Pastinya putus cinta ni sangat sakit di hati . Tapi kan , putus cinta ni banyak sebab . Sama ada korang yang nak atau ex tu yang tinggalkan korang atas sebab - sebab yang memang dah tak boleh nak settle dah .



Cara Mudah Untuk Lupakan " DIA "



Bila ex kata " kita berpisah " atau  " kita bawa haluan masing - masing " atau " kita dah tak serasi bersama " atau apa saja yang sewaktu dengannya , apa yang korang perlu buat ialah 

1. Yakinkan diri sendiri bahawa ex yang rugi sebab lepaskan kita . Ex tak kan dapat orang yang baik cam kita . Ingatkan diri bahawa kita jer la kekasih yang sanggup terima semua keburukan ex  .

2. Ex memang tak sesuai untuk kita . Korang perlu cari keburukan - keburukan ex yang korang memang tak boleh terima sampai la saat korang putus . Kalau ex jadi pasangan hidup kita , pasti hidup tidak seindah yang kita bayangkan dan inginkan

3. Positif kan diri bahawa ada orang yang lebih berhak untuk kita sayangi . Itu pasti . Allah akan beri kita orang yang tak sesuai sebelum kita jumpa orang yang betul - betul serasi dan sayang kita sepenuh hatinya malah menerima kita seadanya .

4. Buang segala pemberian atau apa sahaja yang boleh sebabkan kita ingat ex . Nombor telefon ker , segala jenis hadiah ker , gambar ex dan apa saja lah .

5. Biar aku menyesal atau sakit sekarang daripada sakit bila dah kahwin dengan ex . Pada masa tu lagi haru jadinya . Boleh porak peranda hidup . Anak - anak pun tak terjaga . Korang nak ker hidup berumah tangga lebih susah daripada hidup masa bujang ?

6. Tegaskan bahawa ex dah jumpa pasangan baru . Kalau teruskan juga , aku hanya jadi orang ketiga yang duduk atas pagar . " Ada tak menambah , tak ada tak mengurang pun . "

7. Tak guna merintih bersedih berhari - hari , sedangkan ex di sana bergembira dan berbahagia dengan hidupnya walaupun tanpa cinta . Kita kurus kering , ex pulak sentiasa selera jer makannya . Perghhhhhhhh ...

8. Kalau ada seseorang nak usha kita , bagi dia peluang , sekurang - kurangnya kita boleh lupa sekejap kat ex . Kalau dia lebih baik hati dan budinya , confirm kita dah tak heran dengan ex pun .

9. Bila dah ada pengganti , jangan sesekali membandingkan ex dengan si dia . Katakan pada diri bahawa setiap orang ada kelebihan dan kekurangannya . Tegaskan bahawa dia lebih baik sebab boleh terima segala kerenah korang berbanding ex .

10. Sentiasa penuhi masa kita dengan aktiviti . Kalau kerja , sibukkan dengan kerja . Kalau study , sibukkan dengan study . Boleh gak sibukkan diri dengan internet , tonton tv , aktiviti dengan family dan kawan - kawan . Jangan biarkan ada masa terluang tanpa apa - apa aktiviti . Nanti korang akan ingat ex .


Cara Mudah Untuk Lupakan " DIA "


Macam mana ? Kalau korang boleh ikut tips - tips nih , Insya - Allah korang dapat lupakan ex dalam masa sebulan jer . Inilah pengalaman Den yang dah melalui percintaan selama 7 tahun . Akhirnya terpaksa berlalu pergi ... Kenapa ? BIARLAH RAHSIA kata CT Nurhaliza ... emmm






9 Sila komen:

  1. Assalam..8 tahun lamanya..mereka berkata..'find new love in order to forget the old flame'...hehe..time heals everything..cheers..life goes on..

    ReplyDelete
  2. perkongsian menarik sis...

    ReplyDelete
  3. katakan ex memang tak layak untuk kita..kita akan dapat pasangan yang lebih baik dari ex..

    ReplyDelete
  4. Selalu mengingati Allah. Tidak semua cinta dengan manusia akan berkekalan

    ReplyDelete
  5. Salam Kak Qaseh Vee;

    Yang dah pergi biarkanlah pergi, tak usah nak diingat-ingat lagi, memeningkan diri, boleh digunakan panduan di atas tu. Bagi siapa-siapa yang baru putus cinta bolehlah cuba tips di atas.

    ReplyDelete
  6. pokok pangkalnya... kena bersedia utk let it goes.

    ReplyDelete
  7. Alahai, sedih rasanya kalau ditinggalkan tapi mesti ada sebab yang kita tak dapat lihat masa tu. Time heals the pain. Saya pun pernah berkawan bertahun-tahun akhirnya putus di tengah jalan. Cumanya...semua putus kerana saya yang memutuskan tapi rasa sedih tu sama gak sebenarnya !

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...