Pie Makaroni


Assalamualaikum ...

Bagi kengkawan yang memasak dirumah untuk berbuka , 
QV ada terjumpa resepi ni di Facebook .
Pasta dimasak cara pie .
Kalau benda ni bukan makaroni , 
mohon MD perbetulkan ya 
... heh heh



Pie Makaroni



Rasanya macam mana nak membuat pie makaroni ya .
QV cuba menggunakan daya imaginasi .

1- Sediakan sos pasta .


Tumiskan bawang besar ( potong dadu ) bersama bawang putih .
Masukkan tomato ( potong dadu ) .
Masukkan daging kisar .
Masukkan sos tomato dan tomato puri .
Masukkan sedikit garam dan lada hitam .
Sedikit stok ayam ( sup ) .
Kacau hingga daging masak .

2- Susun Pasta


Ambil loyang .
Ambil sedikit sos pasta dan ratakan di atas loyang .
Susun pasta yang sudah direbus secara menegak / berdiri sehingga padat .
Letakkan sos pasta diatasnya dan ratakan .
Taburkan origano jika mahu .
Taburkan cheese sebanyak yang anda suka .
Bakar menggunakan suhu yang sesuai .
Bila cheese sudah cair , 
maknanya anda sudah boleh ambil dan makan !

Selamat mencuba sahabat .




5 Sila komen:

  1. WAH BERPASTA PIE PULA YA SEDAP NI...

    ReplyDelete
  2. OMG vee.. nk try buatlah.. tgok pun dah nampak bestnya..
    vee pasta mcm mna tu ek?

    ReplyDelete
  3. yummy...lebih kurang macam macaroni bakar erk?

    ReplyDelete
  4. kecur air liur aihh..hehe kalau taruk cheese byk2 confirm sedap ni..nyum2..

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh keluarkan dari monitor ni nak kakak keluarkan utk buat berbuka dik hihi..
    Raya pun boleh hidangkan ni. Mesti superb!

    Selamat Hari Raya & maaf dari kakak andai ada silap dan salah selama kita berblogging ni.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...