Assalamualaikum ...
Dalam seminggu ni ,
Ada2 ramadhan gift dalam rumah ni .
Nak tahu sapa dia ,
jom layan ...
Hari yang dinanti akhirnya tiba juga .
Si comel ini telah mengeluarkan dirinya ,
beberapa hari lebih awal dari jangkaan doktor
selepas dok kat dalam tu 9 bulan 1 hari ...
Pada 23 Julai 2014 / Rabu / 2am ,
lahirlah insan diberi nama Fatin Ainul Mardiah .
Semoga menjadi insan yang solehah .
Maka buat pertama kalinya ,
QV bangun seawal 4 pagi untuk memasak
untuk 5 orang anak buah yang hendak bersahur .
aissss ... QV ok jer memasak kat dapur tu .
tak terlelap pun ... heh heh heh
Molek jer kul 5 pagi ,
my anak buah turun seorang demi seorang .
si kecik lak tidur kat bawah tangga
merajuk ceritanya sebab kena tidur sensorang .
Mamanya masuk sepital .
Maka si abang lah menjadi penemannya .
( tak terfikir nak tangkap gambar masa ni sebab dok sibuk pi pujuk dia ).
Bagusnya , bila tiba masa sahur ,
mudah jer dia bangun dan capai koko crunch dan susu .
... senang kojo QV .
Ini kitty cat datang bertandang sejak ahad lepas .
Datang dengan pakej yang lengkap .
Bulu gebu bak kapas , muka comel , badan montel
dan tak ada perangai yang menyakitkan hati .
Sehingga ke saat ini tak ada yang datang menuntut .
Maka kami anggap kedua - duanya adalah
Ramadhan Gift untuk kami .
Kedua-duanya comel .
Baby amanah Allah dan
kucing , kesayangan Rasulullah .
Di kesempatan ini QV mengucapkan
SELAMAT HARI RAYA
kepada semua rakan maya / blogger
semoga kalian berbahagia bersama keluarga di Lebaran yang mulia .
MOHON MAAF ZAHIR BATIN
sekiranya ada komen - komen QV kat blog teman - teman
serta tulisan entry QV yang mengguris rasa tanpa sedar
kerana QV insan biasa yang tetap melakukan kesalahan .
Kepada yang akan memulakan perjalanan balik kampung
hari ini juga esok ,
pastikan kenderaan dalam keadaan baik ,
membaca doa menaiki kenderaan ,
memandu dalam keadaan yang sihat
dan berhati - hati di atas jalan raya .
Selamat Hari Raya ..QV..
ReplyDeletecongrats sis!
ReplyDeletesama juga Vee..
ReplyDeleteselamat hari ryamaaf ada terkasar bahasa, gurau2 selama berkomen kat sini ye..
peluk cium buat keluarga baru Vee
tahniah..salam aidil fitri, mzb yea
ReplyDeleteSalam Eidul Fitr buat Vee dan famili, jika ada terkasar dalam bicara harap maafkan...
ReplyDeletetahniah....
ReplyDeletetahniah QV dapat anak buah baru..bau syurga..
ReplyDeleteselamat hari raya buat QV sekeluarga..kad raya QV pun saya dah terima..
comeynya fatin.tahniah ea bt kakak QV kimsalam selamat bpantang hehe..salam aidilfitri :)
ReplyDelete