Bendi Masak Asam Rebus


Assalamualaikum ...

Selalunya kacang bendi korang suka masak apa ye ?
Vee selalu masak kacag bendi goreng pedas dengan ikan bilis , 
 kacang bendi masak asam rebus 
dan kacang bendi masak kari dengan ikan jer .

 Bendi Masak Asam Rebus
Kurang letak pes cili . Tu yang nampak pucat belaka .



Tapi kalau nak masak goreng ,
kena pastikan kacang bendi tu masih muda belaka .
Selain tu tak ada lah resepi masak kacang bendi lain 
tapi ada juga makan bendi dalam lauk kari .

Bendi Masak Asam Rebus


Bahan - bahan ; 

Air asam jawa , pes cili , bendi dan tomato .
Cili padi , bawang putih , bawang merah , ikan bilis .
Sedikit garam dan perasa .

Cara membuatnya ;

1. Tumbuk kasar cili padi , bawang putih , bawang merah dan ikan bilis .
2. Ambil periuk, masukkan air asam jawa , pes cili dan bahan no.1
3. Panaskan hingga mendidih .
4. Masukkan tomato dan bendi .
5. Bila bendi sudah lembut , tutup api .

Mudah sahaja nak memasak kacang bendi asam rebus ni .
Masakan yang ringkas bagi orang yang nak cepat .
Mood malas pun boleh masak ni .

Kacang Bendi masak asam rebus 
makan dengan nasi panas memang sedap .
Lawan dengan ikan goreng atau ikan masin .
Boleh siap dalam lima minit jer .







13 Sila komen:

  1. sedap masak rebus gini...bendi msk lemak putih sedap juga....

    ReplyDelete
  2. asam rebus memang bukak selera..resepi pun mudah ,tq

    http://www.diyanarazim.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. malas nak masak. nak makan je org lain masak. boleh?
    hehehe..

    ReplyDelete
  4. Saya suka bendi yang dicampur dalam kari ikan. Di restoran mamak juga bendi dalam kari ikan adalah menu wajib...

    ReplyDelete
  5. sama la..saya pun kalau bendi suka buat masak asam..lama jugak tak bua t nih..lain kali la..kalau orang mengandung elok makan bendi banyak2 ,,mudah nak bersalin kata orang2 tua..

    ReplyDelete
  6. makanan sihat ne QV. Ky pun selalu masak macam ne..

    ReplyDelete
  7. menu macam ni pun sedap juga walaupun simple kan :)

    ReplyDelete
  8. Sedap ni..tapi lagi suka keladi asam rebus.hehe

    ReplyDelete
  9. Well, well, well... saya tak makan bendilah, Vee. Nampak sedap tapi saya memanglah tak cuba :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...