Dah Naik Harga Rupanya


Assalamualaikum ...

Macam biasa , bila time birthday saja , vee akan renew lesen keta .
Sepatutnya hari sabtu tapi terlupa lah pulak .
Jadi , Hari ini baru dapat buat lah .


 Dah Naik Harga Rupanya


Terkejut badak lah sekejap bila dengar feenya .
Tahun lepas cuma rm 30 + rm 2 = rm 32 jer .
Tahun ni dah bertambah sekali ganda lah pulak .
Tak ada lak yang khabor .
RM 62 ... Ok lagi sebab masih di tahap mampu bayar .
GST belum bermula tapi tempias dah terasa nih .


 Dah Naik Harga Rupanya

Sebagaimana maklum , 
lesen memandu sudah bertukar wajah .
Kad pengenalan juga sama .
Sekarang kedua - dua kad yang lama hanya menjadi kenangan .

Kalau korang boleh teropong tahun vee buat lesen memandu ,
dapatlah agak umur vee .
Awal 20an masa tu .

Hari birthday , tak de yang menarik .
Sehari berlalu tanpa apa - apa acara .
Kecuali kena jaga baby sebab my akak ada event di sekolah .

My anak buah yang sulong tu dah 14 tahun .
Bila baby menangis , 
nak tanggal pintu bilik vee kena gegarnya .
Sabor je la kan ...

Sebenarnya pagi tu vee dah teman baby tidor .
bila nampak baby buka mata jer ,
vee pegi buka pintu bilik kakaknya 
yang sambung tidor lepas solat subuh .
Bila baby menangis , 
kelam kabut si kakak - kakaknya dapatkan baby .
Bawa turun ... ehhh mama tak ada !
bhahahaaa ... 
Alarm yang paling berkesan bila matahari dah tinggi !

Part yang best , malam tu vee mimpi kuda lagi .
Putih gebus dan ekornya cantik mengembang .

" Ya Allah , kiranya itu petanda baik , 
KAU permudahkanlah untukku ... aaamin . "






13 Sila komen:

  1. Nanti lepas GST ni tak tahu naik berapa pulakan akak.

    ReplyDelete
  2. Hepi belated birthday sis vee...harap-harap mimpi sis tu ada petanda baik ye..

    ReplyDelete
  3. Happy birthday...belum tukar dua2 kad lagi...

    Semoga mimpi menjadi kenyataan..kuda bertukar jadi prince charming..

    ReplyDelete
  4. mimpi yg baik, biasanya memberi bayangan yang baik juga. semoga maksudnya ialah jodoh yang baik utk vee.

    ReplyDelete
  5. Selamat hr lahir ye..
    X tau lesen dah naik. Renew awal thun ni sampai 2020 hbis

    ReplyDelete
  6. Tapi Menteri-Menteri kata GST akan membuatkan kehidupan kita semakin makmur, hehehehe...

    ReplyDelete
  7. happy birthday...insya Allah petanda baik tu...mohon petunjuk Allah.

    ReplyDelete
  8. Kita kalau hari lahir sendiri pun.. tak pernah ada sambutan tau... huhuhu T_T
    Btw, happy birthday cik Vee.. =)

    ReplyDelete
  9. Happy Belated Birthday yang ke-XX, Vee. Dah tua cam kita ni, celebration not really important. Yalah tu... hiks!

    Eh, ya ke dah RM62? Saya pun tak tahu tau!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...