Nampak Kuda


Assalamualaikum ...

Hari ni nak cerita tentang kuda . 
Bukan nak menunggang kuda apatah lagi nak memelihara kuda .
Berpolo kuda jauh sekali  .
Kuda ni kan maintenance nya tinggi .
Orang tak kaya ni jangan berangan !




Cantik tak kuda ni .
Haruslah kan . Ciptaan Allah tu .
Salah satu exercise yang disukai Rasulullah adalah 
menunggang kuda .
Tapi kalau macam vee yang tak pernah tunggang kuda ni ,
confirm sakit pinggang seminggu !

Alkisahnya , malam semalam vee bermimpi nampak kuda .
Corak dan warnanya sama macam gambar kat atas tu .
Besar segedabak kat depan mata .
Apasal lah cantik sangat !
Bila terjaga jer , dok fikir jap ;
" apasal lak tetiba mimpi nampak kuda ni ? "

Maka gatallah tangan ni cari kat google .
Tafsir mimpi ni baik ke idak .
Alhamdulillah , petanda baik jer .
Itu yang penting !

Malam tadi lak mimpi nampak sepupu .
Sepupu vee yang handsome cam datuk k .
Badan six pack dan muka jambu cam 20's tau .
Tua beberapa tahun dari vee dan still available you .
Apa ? No gosip - gosip please !

Kami selalu kena soalan cepu mas 
kat majlis kahwin saudara mara .
Maklumlah dah terlebih umur .
... heh heh heh .

Adakah sekadar mimpi atau ada realiti ?
Jawapannya hanya pada Allah .
Tak perlu fikir .
Kita tak kan bisa mendahului perancangan Allah .
Itu pasti beb !






3 Sila komen:

  1. kuda tu tinggi nilainya..bergaya tangkas n cerdasnya memudahkan urusan...ada rezki pertemuan pasti xkemana...

    ReplyDelete
  2. mimpi yg baik dihebahkn jd nyata.. insyallh

    ReplyDelete
  3. Susah-susah sangat, sepupu pun okeylah Vee... Hehehe! Katanya ada 6 packs dan nampak muda macam 20-an :)

    Saya tak pernah mimpi kuda dan tak suka sebenarnya menafsir mimpi sebab takut terpercaya pada tafsiran yang bukan-bukan. Tapi sekadar suka-suka buat gelak apa salahnya. Btw, cantik kuda yang dimimpikan ni :)

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...