Maka vee berpesan pada my kakak ,
Kalau ada orang bawa tepak sirih kat pagar ,
buka ajalah pagar tu yer .
... permintaan berani mati ni ... heh heh .
Beberapa malam selepas itu ,
vee bermimpi pula berada di sebuah dapur restoran .
Tetiba ada seorang makcik
yang sedang memerhati pekerjanya menyapa ;
' eh , menantu saya . '
Bersama senyuman manisnya .
Mimpi terakhir ,
vee sudah menjadi seorang isteri .
Di dalam sebuah rumah yang ada adik beradik dan anak buah .
Vee bertanya pada kakak ;
' sape suami aku ? mana boleh nikah tak minta izin aku ? '
Tetiba vee ternampak seorang lelaki
sedang memetik gitar
sambil disaksikan ramai anak buah di ruang tamu .
Selepas itu tetiba lelaki itu berada dihadapan vee di dalam bilik ,
bersama senyuman manisnya
tapi vee melihatnya tanpa perasaan ... boleh gitu ?
Apa persamaan lelaki yang baring di pintu bilik itu
dengan mimpi seterusnya ?
Dia pandai main gitar .
Malah ada akaun youtube dengan petikan gitar solonya .
Kalau Vee bagi tau , berdesup korang cari kan !
... tak rela you ... awwww
Dan ibunya memiliki sebuah restoran ...
Hampir setahun berlalu ,
mimpi itu belum jadi kenyataan .
Kekadang terkenang - kenang ...
Mimpi disember yang indah !
7 Ramadhan lepas vee ada berbalas message dengannya
selepas vee tinggalkan komen pada petikan gitar terbarunya
yang bertajuk ...
jangan harap le vee bagi tau korang ekkk
... biarlah rahsia .
Dia terkejut vee masih single ...
dan bertanya ' masih tinggal di tempat lama ? '
jawab saja yer ... heh heh .
tiada perkembangan menarik selepas itu ...
Kini disember bertamu lagi
tapi vee tak mahu dibuai mimpi ...
sama ada ianya petunjuk atau sekadar mimpi ,
biarlah ia menjadi mimpi yang indah untuk dikenang .
Selebihnya , berserah saja kepada Allah urusannya .
Tak mau sesakkan kepala dengan yang tak pasti ...
Korang suka ke kalau menjadi ?
Vee dah malas nak fikir ...
Serah je la pada Allah .