Assalamualaikum ...
Disember muncul kembali selepas setahun .
Betul lah kan , dah setahun .
Sekejap jer masa berlalu .
Tapi aku masih di sini dalam keadaan begini ...
Ada kisah sebenarnya pada Disember lalu .
Teringat akan mimpi - mimpi yang hadir bagai petunjuk .
Mimpi Disember yang ku nantikan kemunculannya !
ada macam lirik lagu lak ... erkkk .
Boleh dikatakan sebagai rentetan mimpi .
Berlaku dalam empat malam .
Ada yang berturutan ,
ada juga yang berselang malam ...
Mimpi pertama melihat tangan dipenuhi cincin 3 bentuk .
Satu cincin belah rotan dan dua cincin berlian .
Tersarung molek di tiga jari .
Hanya itu ... ya hanya itu mimpinya .
Bila terjaga dari tidur ,
Vee hanya senyum sebab kerap juga mimpi bab cincin ni .
Tapi sekadar mimpi ... heh heh .
Mimpi kedua pula
ada seorang makcik menjenguk pintu bilik vee .
Bila terjaga dari tidur ,
hati berdetik ' ada orang nak masuk meminang ke ? '
Sape pulak lah agaknya ni ...
Esok malamnya dapat lagi mimpi .
Melihat seorang lelaki baring di depan pintu bilik Vee .
Ya , orang itu sangat Vee kenali .
Yang pernah Vee ceritakan di sini
Maka vee berpesan pada my kakak ,
Kalau ada orang bawa tepak sirih kat pagar ,
buka ajalah pagar tu yer .
... permintaan berani mati ni ... heh heh .
Beberapa malam selepas itu ,
vee bermimpi pula berada di sebuah dapur restoran .
Tetiba ada seorang makcik
yang sedang memerhati pekerjanya menyapa ;
' eh , menantu saya . '
Bersama senyuman manisnya .
Mimpi terakhir ,
vee sudah menjadi seorang isteri .
Di dalam sebuah rumah yang ada adik beradik dan anak buah .
Vee bertanya pada kakak ;
' sape suami aku ? mana boleh nikah tak minta izin aku ? '
Tetiba vee ternampak seorang lelaki
sedang memetik gitar
sambil disaksikan ramai anak buah di ruang tamu .
Selepas itu tetiba lelaki itu berada dihadapan vee di dalam bilik ,
bersama senyuman manisnya
tapi vee melihatnya tanpa perasaan ... boleh gitu ?
Apa persamaan lelaki yang baring di pintu bilik itu
dengan mimpi seterusnya ?
Dia pandai main gitar .
Malah ada akaun youtube dengan petikan gitar solonya .
Kalau Vee bagi tau , berdesup korang cari kan !
... tak rela you ... awwww
Dan ibunya memiliki sebuah restoran ...
Hampir setahun berlalu ,
mimpi itu belum jadi kenyataan .
Kekadang terkenang - kenang ...
Mimpi disember yang indah !
7 Ramadhan lepas vee ada berbalas message dengannya
selepas vee tinggalkan komen pada petikan gitar terbarunya
yang bertajuk ...
jangan harap le vee bagi tau korang ekkk
... biarlah rahsia .
Dia terkejut vee masih single ...
dan bertanya ' masih tinggal di tempat lama ? '
jawab saja yer ... heh heh .
tiada perkembangan menarik selepas itu ...
Kini disember bertamu lagi
tapi vee tak mahu dibuai mimpi ...
sama ada ianya petunjuk atau sekadar mimpi ,
biarlah ia menjadi mimpi yang indah untuk dikenang .
Selebihnya , berserah saja kepada Allah urusannya .
Tak mau sesakkan kepala dengan yang tak pasti ...
Korang suka ke kalau menjadi ?
Vee dah malas nak fikir ...
Serah je la pada Allah .
alahai vee. saya doakan moga mimipi indah vee akan menjadi kenyataan. mengadulah pada allah. sy suka cerita ini. :)
ReplyDeleteAda mimpi indah sekadar menghias keindahan tidur bila terjaga hilang ditelan siang...
ReplyDeleteMengharap yg indah menjadi sebuah kenyataan. Doa kakak titip dari jauh.
indahnya mimpi2 vee...kak doakannya mnjadi realiti...insyaAllah...
ReplyDeleteSape tak suka kalau ianya benar2 terjadi.. Moga dipermudahkanNYA.
ReplyDeleteassalam Vee..apa khbr..lama tak jenguk sini..
ReplyDeletesekejap saja kan masa berlalu..tak sedar dah ke penghujung tahun...
Suka ajelah, Vee ^_^ Tanda dah banyak sangat tu, tinggal nak jadi kenyataan je. Oh, ya kalau nak berahsia memang tak boleh bagi taulah. Berdesup nanti makcik2, ahkak2 ni semua pi cari link. Hahaha.
ReplyDeleteApapun, moga mimpi itu menjadi kenyataan jua akhirnya!
bermadah QV arini.. jangan risau.. ada punya ... allah bagi lambat temukan jodoh sbb allah nak bagi org yg baik untuk vee... insyallah..
ReplyDeletewahh..menarik mimpi-mimpi tu semua..
ReplyDeletesemoga semuanya jadi kenyataan, In shaa Allah..
alaa..mimpi kan mainan tidor..
ReplyDeleteWah... mmg mimpi indah tu Vee... saya doakan moga ia menjadi realiti... amin...
ReplyDeleteSalam. Hee mimpi hendak mendapat jodoh yang baik baik.
ReplyDeleteinsyallah vee..]
ReplyDeletepasti suatu saat yang diizinkanNya akan mjadi kenyataan juga
In sya allah,mimpi jadi kenyataan ler tu nanti. Jangan lupa jemput ya bila menjadi realiti.
ReplyDeletein shaaAllah mudah2an.
ReplyDeletesolat istikarah yg terbaik..
maunya tak suka..kami mendoakan yang terbaik untuk sis vee tau!semoga mimpi indah tu akan menjadi realiti yang lebih indah.
ReplyDeleteMoga vee bertemu jodoh jugak nanti yeh....
ReplyDeleteManalah tau salah satu mimpi tu jadi kenyataan jugak akhirnya....Insyaallah....
mestilah suka...semoga Vee cepat bertemu jodoh amin....
ReplyDelete