Hati Kering


Hati Kering | Raya Haji tahun ini sama saja dengan raya puasa yang lepas . Eidul Adha kali ini , my kakak di kampung buat korban . Anak sulung my kakak lak bertunang .


Hati Kering

Gambar di atas tu adalah juadah raya sup kambing , rendang ayam dan nasi himpit yang my kakak tinggalkan sedikit untuk den dan selebihnya bawa balik kampung sebagai punjungan . Walapun nampak sikit , sampai la ni masih tak habis di makan . dah perut kecik kan . Itu pun masih ada hati nak buat kek lagi !





Hati Kering


Den tak balik kampung bukan sebab hati kering tapi den terpaksa batalkan di saat akhir . Tak dapatlah den nak tengok lembu dikorbankan . Sampai hati my anak buah bertunang dulu . Langkah bendul tu . Bagi la peluang mak usunya ni kahwin dulu . Dah le den tak pernah merasa di pinang . Jauh sekali bertunang ... huhuhuuu . My anak buah yang bertunang ni lelaki . Umur baru 22 tahun you . My kakak kata :

" dah tak sabor sangat , ikutkan je la . "

Ni kes takut girlfriend kena rembat orang lah ni . My anak buah ni masih belajar di UIA sambil kerja . Tapi my anak buah ni memang  pandai cari duit . Dia berniaga online dan buat ceramah motivasi secara berkumpulan . Dia juga pandai buat grafik dan aturcara komputer . Senang cerita , buka mata je dia nampak RM . Tu yang bakal pak mentua sayang tu . 

Meh den nak kongsi kisah orang hati kering .

Kisah 1


Seseorang yang dikenali bertahun - tahun . Satu hari tu dapat tahu siapa dia sebenarnya . Bila perkara itu terbongkar , dia berlagak macam tak ada apa yang berlaku . Walaupun masih berhubungan , dia langsung tak pernah menjelaskan kenapa perlu buat macam tu apatah lagi nak meminta maaf ... sungguh hati kering ! Langsung tak nak fikir perasaan orang yang kena tipu , aniaya dan jadi mangsa . Dia tak tahu ke yang doa orang yang teraniaya tu makbul walaupun orang  tu orang kafir ? Den teringat dialog dalam drama korea , Run , Jang Mi ;

" kalau kita buat orang menangis , nanti kita akan menangis dua kali ganda . "

Kisah 2


Seseorang yang suka membuli . Buli dengan cara pandang rendah keupayaan orang lain hanya kerana dia pandai hack akaun orang dan hebat bab gadget walaupun upsr dan pmr tak dapat staright A pun ! Dia ni tak pernah rasa bersalah apa yang dia buat kat orang dan apa yang dia cakap pada orang . Lelaki tapi mulut celupar aka tak ada insuran mengalahkan perempuan . Walau kucing tumbuh tanduk sekalipun , dia tak akan meminta maaf ... sungguh hati kering !

Kisah 3


Seseorang yang kuat cemburu . Cemburu dengan apa yang orang lain miliki , orang lain pakai , orang yang hidupnya bahagia dan tak ada hutang . Mata suka menjeling . Mulut cakap lain tapi dalam hati lain . Depan kita nampak cool tapi main tikam belakang ... perghhh . Tak pernah nak minta maaf walaupun dah dapat banyak kifarah dengan macam - macam penyakit dan harta yang diambil orang walaupun duit dalam bank ... sungguh hati kering !

Kisah 4


Bila den tak dapat balik kampung , den khabarkan pada my anak buah , den nak buat satu kek satu hari dengan sukatan untuk den sorang termasuk makaroon yang mereka merengek suruh den buat  . Maka menjeritlah semua my anak buah bila mendengarnya ... saja nak menyakat sebenarnya . Tapi masuk gak kategori hati kering lah ni kan ... heh heh heh .

Semua kisah di atas adalah berkaitan dengan orang - orang yang ada disekeliling den . Lebih baik den maafkan saja . Bimbang den mati dulu sebelum mereka .











18 Sila komen:

  1. sedap tu juadah hari raya..dah buat kek n macaron ke? mesti tak sampai hati kann..

    ReplyDelete
  2. ramai jugak manusia hati kering ni ye..takpelah sis Vee, korbankan jelah perasaan marah tu, supaya hati kita sendiri tenang..salam Aidiladha

    ReplyDelete
    Replies
    1. terpaksa korbankan sb dah malas nak fikir ... salam eidul adha sal .

      Delete
  3. memula baca tajuk ingat sis nak share resepi rendang hati kering..hahaha.nanti share tau, juadah untuk anak-anak sedara tu ;0

    ReplyDelete
  4. I pun selalu hati kering ni.. klu layan sangat takut sakit hati..keh..keh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. klu layan memang sakit hati ... ujian , ujian ... tu je lah modalnya .

      Delete
  5. susah juga kalau hati kering.. macam takde perasaan pula bila tengok orang lain sedih atau terasa dengan perbuatan kita..

    p.s: salam aidiladha.. sedap nampak rendang yang kakak masakkan tu.. :)

    ReplyDelete
  6. Selamat hari raya korban..

    Hati masak rendang sedapnya

    ReplyDelete
  7. ehehehe geng la kite ni.. adik2 spupu ramai kawen dah..
    x pikir kat kakak2 langsung.. eheh..

    ReplyDelete
  8. cerita hati kering yang last tu mmng paling win..abis la sume makan ati busu dia makan kek sorang2...hahahaha

    ReplyDelete
  9. lahh..itu ke 'hati kering' nya...ingatkan hati ayam yg d keringkan eheheh

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...