Air Kelapa Rawat Penyakit


ASSALAMUALAIKUM ...


Air Kelapa Rawat Penyakit | Air kelapa adalah air semula jadi yang den pertama sekali minum selepas air tebu sejak den kenal dunia . Dah lahir kat kampung kan . Masa tu tak kenal jus dan kordial . Yang den kenal cuma sirap dan cendol selain air kelapa , air tebu , air teh , air kopi , air susu dan air kosong . Bagai syurga dok di kampung . Nak minum air kelapa , cuma perlu sabit je .


Air Kelapa Rawat Penyakit





Air Kelapa


Air kelapa adalah air semulajadi yang mengandungi kolesterol paling tinggi . Ini fakta bukan auta . Tapi ada maklumat yang den baca kat blog mat saleh , air kelapa ni boleh menguruskan badan . Jadinya , tepuk dada tanya hati nak minum ke tidak .

Air kelapa muda , jika dibandingkan dengan jenis air kelapa lain banyak mengandungi tannin atau antidotum ( anti racun ) yang paling tinggi . Kandungan zat kimia air kelapa  mampu menawarkan keracunan .

Air Kelapa Rawat Penyakit


Hasil kajian telah menunjukkan bahawa air kelapa mampu merawat pelbagai penyakit . Sekurang - kurangnya , air kelapa ini boleh dijadikan alternatif sementara mendapatkan rawatan lanjut di hospital . Berikut adalah beberapa penyakit yang boleh dirawat menggunakan air kelapa .


1. Keracunan



   Bahan - bahan : Sebiji kelapa hijau


   Cara - cara :



  •  Baca Bismillah dan Selawat 3 x
  •  Ambil air kelapa diminum sehingga habis .

2. Demam Berdarah


   Bahan - bahan : Sebiji kelapa muda 
                          Sebiji limau nipis

   Cara - cara :
  • Ambil air kelapa , perahkan limau diatasnya dan kacau sebati
  • Baca Bismillah dan Selawat 3 x
  • Minum 2 x sehari pada waktu pagi dan petang

3. Kencing Batu


   Bahan - bahan : Sebiji kelapa muda
                          Sebiji limau nipis
                          Sebiji telur ayam kampung

   Cara - cara :
  • Ambil air kelapa muda
  • Perahkan air limau nipis di atas air kelapa
  • Masukkan telur ayam kampung mentah ke dalam air kelapa
  • Kacau hingga sebati
  • Baca Bismillah dan selawat 3 x
  • Minum 2 x sehari pada waktu pagi dan petang

4. Menghitamkan Rambut ( uban )


    Bahan - bahan : Sebiji kelapa parut matang
                           Air kelapa

    Cara - cara :
  • Kelapa parut + air kelapa , diperah
  • Ambil secawan , masukkan secubit garam
  • Embunkan semalaman di luar rumah
  • Sapukan santan pada rambut dan biarkan selam 10 hingga 15 minit .
  • Bilas
  • Lakukan selama 3 hari berturut - turut .

   Insya Allah kulit kepala akan menjadi segar  dan rambut kelihatan berseri .






12 Sila komen:

  1. Sedap air kelapa muda, banyak khasiatnya...

    ReplyDelete
  2. macam-macam khasiat ye...tapi kat part kurus badan tu tak pernah dengar pulak

    ReplyDelete
  3. wah air degan sedap... letak ais tambah gula merah walah

    ReplyDelete
  4. Bermanfaat betul air kelapa nie, Zumal minum kalau demam panas...

    ReplyDelete
  5. Duk kg pun dh susah nk dpt klpa muda ni, Cikna skunk ni sng je beli yg dlm kotak, xpun g cari coconut shake je....;-)

    ReplyDelete
  6. ehehe memang banyak khasiat.. tak ada apa yang Allah jadikan tu sia-sia..
    kolestrol eh ? aaaiyark eheh..

    ReplyDelete
  7. suka minum air kelapa time2 jerebu mcm ni memang legakan tekak

    ReplyDelete
  8. org kena campak ngan denggi selalu minum air ni

    ReplyDelete
  9. kalau demam denggi dan chicken pop pun elok minum air kelapa kan

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...