Kenangan Raya Haji 2012


ASSALAMUALAIKUM .......


Alhamdulillah ... walaupun tak semua dapat balik pada ketika itu , 
tapi suasana dah cukup meriah . Anak sedara yang ramai dan dah bujang serta anak dara , dah cukup wat rumah mak den macam nak meletop !

Kenangan Raya Haji 2012


Kenangan Raya Haji 2012





Maka kakak den pun bercadang buat majlis tahlil untuk mendidik dan memberi contoh yang baik pada mereka nih . 
Selepas solat maghrib , 
kami pun bertakbir sementara menunggu anak - anak bujang yang sedang santai kat rumah belakang untuk sertai kami . 

" Apasal la tak mai lagi nih ! " 

Den pun pergilah menjenguk mereka di rumah my kakak. 
Bila tiba di rumah belakang , 
rupanya my anak buah sedang sembahyang berjamaah .

Alhamdulillah ... 
sejuk hati bila tengok mereka ni sedang berjamaah . 
Tak sia - sialah mereka belajar agama  , 
boleh jadi imam kepada adik - adik sepupu dengan begitu baik . Sejuk perut mama korang .


Kenangan Raya Haji 2012


Inilah mini tahlil kami . 
Walaupun tak ramai , 
tapi bila dapat berkumpul sesekali , 
inilah aktiviti yang bermanfaat untuk kami semua . 
Harap bila semua berkumpul bila ada cuti umum panjang , 
majlis ni akan dapat dilakukan lagi .

Ini sessi bermaaf - maafan . 
Bertelekong tu adalah my bunda . 

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : 
" Apabila bersalaman mereka itu , 
maka gugurlah dosa dari celah - celah jari mereka "

 Ada yang menitiskan air mata , ada yang gembira . 
Yang pasti kami seronok melakukannya .



9 Sila komen:

  1. Jauh mengenang tahun 2012 tu Cik Vee.. He He He...

    ReplyDelete
  2. Bila dh ramai adik beradik dan sanak saudara tak perlu nk jemput orglain utk brtahlil kan...
    Salam aidil adha dari kakak.

    ReplyDelete
  3. Seronok bila mengenang memori beraya pada masa lalu..
    Salam Aidil adha buat Vee & family dr bumi Sabah :)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. sejuk hati kalau tgk anak2 buah camni.. :)

    Jemput singgah k..

    Entry terkini: "Nak buat ruang iklan"

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah... semuga ianya dapat dibuat selalu apabila semua dapat berkumpul

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..terkadang pernah tanya pada diri.kalau aku takde anak sendiri sampai mati, boleh ke harapkan anak-anak sedara ni untuk doakan aku nanti...

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah berkat didikan yang diberi...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...