Assalamualaikum ...
Alhamdulillah,
ada juga yang sedar vee dah tak bersiaran selama sebulan.
Maknanya ada juga pembaca setia yang sukakan kisah - kisah yang vee paparkan .
Kerana sebulan inilah , vee lupa password google+
makanya tak dapat buka blog
... adehhh .
Malas nak fikir lama ,
tukar jer dengan yang baru.
Sebenarnya banyak trajedi yang vee lalui sepanjang syawal lepas.
Ibarat sudah jatuh ditimpa tangga .
Satu demi satu ujian Allah datang menerjah.
Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan vee ketika itu.
Hampir setiap hari vee mengalirkan air mata .
Walau apa pun yang vee lakukan kesedihan tetap menjelma.
Tak tau pada siapa hendak mengadu .
Vee dengan kakak berada di kapal yang sama.
Jadi, kami hanya boleh saling memandang dan membisu sahaja.
My kakak pula masih dalam pantang.
Pada ketika itu vee berfikir,
alangkah baiknya jika ada bahu yang boleh vee sandarkan
untuk melepaskan segala yang mebebankan.
Ada suara lembut yang memujuk serta memberi kata semangat.
Ujian itu membuatkan vee banyak berfikir,
mungkin kerana vee masih bujang ,
walaupun usia vee bukanlah muda lagi ,
jadi si pelaku membuli vee sesuka hatinya .
Rasanya keadaan akan jadi berbeza sekiranya vee bersuami.
Hanya pada DIA vee mengadu,
semoga DIA beri kegembiraan pada hari esok,
semoga si pelaku mendapat pengajaran,
semoga hati ini terus tabah untuk mengharungi liku-liku dihadapan .
Biarlah DIA yang membalas perbuatannya.
Bukan mudah untuk mencari ketabahan.
Bukan mudah untuk memujuk hati.
Walaupun cuba memujuk dengan perkataan 'ujian Allah'.
Alhamdulillah,
kini vee dah boleh senyum seperti selalu walaupun seadanya.
Walau sehebat mana ujian Allah,
kita tetap perlu teruskan kehidupan ...
perasan vee lama tak ada, apa2 pun tabahkan hati and welcome back dear...
ReplyDeletewelcome back vee..:)
ReplyDeletesabarlah ye sis vee..moga si pelaku akan sedar kesilapannya.Semoga Allah akan permudahkan urusan sis
ReplyDeletekenapa ni dik?
ReplyDeletealah vee kan kuat..
jgn putus harapan ek.. doa bnyk2..
setiap yang berlaku ada hikmah disebaliknya....
ReplyDeletepahit sekali ujian yg ditempuh ya...bersabarlah ujian yg pahit memberi hasil yg manis biasanya...
ReplyDeletesaya perasan lama vee mendiamkan diri..walau apa yang vee lalui, semoga vee terus tabah dan mendoakan akan kesejahteraan ke atas seorang yang bergelar sahabat..
ReplyDeletesemoga dikurniakan ketabahan yang tidak bertepi ya Vee,Ujian itu petanda Allah sayang...:)
ReplyDeleteya...Dialah sebaik2 tempat mengadu...
ReplyDeleteBersabarlah dik...mungkin ada hikmah di depan di sebalik ujian yang mendatang itu.
ReplyDeleteSemoga di hujung terowong gelap nanti adik akan terjumpa cahaya terang benderang, insyaallah....
Vee, setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya. Jadikan DOA itu SENJATA ye :)
ReplyDeleteByk bersabar
ReplyDeletePadanlah lama tak bersiaran! Kenapa ni? Apa yang dah berlaku? Walau apa pun yang dah terjadi, sekurang-kurangnya kita rasa lega yang Vee dah beransur sembuh dari rasa terluka tu dan seorang yang tabah sebenarnya.
ReplyDeleteBiarkanlah Vee apa orang nak buat kat kita, suatu hari nanti akan ada balasannya walaupun kita tak mendoakan yang buruk-buruk untuk mereka.
Hidup membujang atau berkahwin, ada masalah masing-masing yang kadangkala tak mampu dielakkan. Enjoy ajelah hidup kita dengan apa yang ada, ya!
Be strong!
kita di uji kerana Allah sayang kita...
ReplyDeletevee, byk2 bersabar... kesusahan tu maknanya Allah sedang memberi perhatian kepada kita.
ReplyDeleteby the way... cantik gmbr kucing tu.
salam. eh eh..macam mana bole lupa sis??..
ReplyDeletebtw keep strong ya sis...Allah bersama kita selalu..
Kuatkan semangat yer Vee, sesungguhnya tiap yang berlaku pasti ada hikmahnya...
ReplyDelete