Assalamualaikum ...
Ahad lepas , sedang menaip entry ,
my anak buah ketuk pintu .
" mak usu , nak ikut pi shopping tak ? "
Dah macam orang mengantuk disorongkan bantal ,
terus jer setuju .
Memang banyak benda nak beli sebenarnya .
" cepatlah mak usu . "
dah sabar bebnor my anak buah ni .
" ko tu yang lambat bersiap . "
Kami dah standby kat bawah ,
si anak dara sulong masih menggosok baju di atas .
Mak usunya tak rajin pun nak gosok baju !
11.30 am baru gerak pi ronda - ronda sakitkan kaki .
Masing - masing dah tak ingat nak breakfast doh .
Punyalah excited kan !
Memang heaven bebudak ni klu dapat berjalan - jalan time weekend .
Vee cuma minum air se mug air milo bersama biskut 3 keping !
Plan asal my kakak nak pi AEON .
Tapi pi Giant dulu untuk urusan vee lah .
Sampai giant , terus jer atur langkah kaki .
Tak tunggu my kakak yang sedang sibuk keluarkan stroller baby .
Bimbang terlambat dengan urusan .
Sampai tempat tu tutup lah pulak .
Mungkin sebab hari Ahad .
Plan seterusnya pi guardian .
Tempat wajib untuk mencari keperluan dari hujung rambut sampai hujung kaki .
Sedang membelek barang - barang kat guardian ,
tergerak pula nak angkat muka .
depan muka vee , berderet anak buah .
" hai mak usu ... "
Dengan cerianya my anak buah melambai bagai .
mau tak cerianya kalau dah berdiri di depan kiosk lenovo .
Owhhh ... ni lah point my kakak nak pi shopping rupanya .
Lepas buat bayaran di kaunter , pi terjah my kakak .
Mereka sedang membelek hand fone lenovo .
Handphone samsung my kakak dah tak boleh baca data .
Tu lah jadinya bila hand fone mama , hand fone anak - anak jua .
Setiap hari berebut main game !
Inilah hasil tangkapan my kakak di kiosk lenovo .
Tengok my kakak masih lagi sembang dengan tauke kiosk tu ,
vee pergilah giant seorang diri .
mencari keperluan wanita .
... apasal lah guy cina ni dok teman wife dia .
... ishhh , segan wei .
Dia macam perasan vee segan so dia palingkan badan .
... heh heh heh .
Nak membayar kat kaunter pun cari cashier perempuan .
Nasib baik hari tu tak ramai orang .
Keluar dari giant , my kakak masih di kiosk lenovo .
Al kisahnya si teruna nan seorang kat atas ni ,
dia buat hal lagi !
Ini bukan kali pertama .
Setiap kali pi shopping ,
kalau tak abang , pasti si kecik yang buat hal .
Si abang dok atas kerusi tak berganjak .
Sebab nak lenovo cam mama dia juga .
maka jadilah drama sebabak ...
Dia tak menangis tapi dia tak nak bangkit dari kerusi selagi tak dapat gadget tu .
perghhh ... mamanya pujuk lembut jer tapi tak jalan .
Mak usunya degree kat kepala dah naik doh !
angkat jer turunkan dia .
Tarik tangan dan bagitau dia boleh main game kat lenovo mama .
sama gak kan !
bezanya bukan dia punya sendiri tapi kena kongsi .
Tak jalan juga .
maka beri jer lenovo tu bagi dia pegang dan main .
pun masih tak jalan .
Maka si mamanya pi belanja aiskrim .
muka masa tu masih sedih juga .
fahamlah macam mana rasa terkilan bila tak dapat kan !
Kat kiosk tu vee sempat sambar satu bluetooth .
Hajat nak beli earphone sebenarnya .
Tetiba tersetuju lak dengan bluetooth yang dicadangkan tauke tu
sebab nak sesuaikan dengan gadget vee lah .
Pas tu pi layan 3 dara tu pi cari baju .
Punyalah banyak stall baju ,
banyak juga yang cantik - cantik .
Selamba jer kata ;
" not my taste la mama ! "
" aku kan ganaz ! "
Sabar jer mak usunya dengar nih ...
si mamanya layankan je la .
Mereka ni remaja yang mula kenal fesyen .
Kalau setakat blouse tu tak pandang .
Mereka lebih suka t - shirt dan jeans .
Mamanya bagi jer RM suruh mereka cari sendiri .
Mak usu dan mamanya rehat sekejap .
sambil tengok baby yang sangat baik tak meragam .
Masih tido dengan nyenyaknya tanpa berganjak !
Sambil - sambil tu bersembang dengan my kakak .
" ni baru 3 orang . yang 2 tu belum tahu lagi . "
Sat gi bersedialah peningkan kepala dengan 5 remaja ya mama .
... heh heh .
Selesai tangkapan mereka , tapi dua orang jer .
seorang anak dara ni masih tak jumpa taste dia .
Lantak le ... dah malas nak melayan .
Kami pi AEON lah pulak .
My anak buah si hanani nak cari hadiah .
Ada annual dinner kelasnya pada bulan depan .
Semua orang kena ada satu hadiah untuk dijadikan cabutan bertuah katanya .
Kelasnya lah sekolah ko yer .
Siap annual dinner bagai walaupun baru tingkatan satu !
... perghhh
Sampai di AEON , macam biasa vee buat haluan sendiri .
masuk supermarket AEON nak cari kasut .
Tapi termasuk bahagian keperluan keluarga lah pulak .
Nampak eskalator , naik saja lah .
Bila sampai atas ....
... ehemm , rupanya terus ke pintu keluar .
maka dengan selambanya pi turun balik dengan harapan tak de orang di belakang .
vee senyum sensorang masa ni ... heh heh heh .
... korang ketawa ke ? ishhh , tak baik tau ...
macam mana leh terlupa yang tadi vee masuk AEON trus jer naik tingkat atas .
Kasut hasil tangkapan vee .
Keluar dari supermarket AEON trus je masuk kedai kasut .
masa tu kaki dah terasa sakit lah pulak
sebab tapak kasut tu keras .
Macam biasa buat survey dulu .
Ada berkenan satu kat Bata tapi tinggalkan dulu .
rasanya lebih 3 kedai kot vee masuk.
sampai satu kedai ni ada lak buat sales .
sempena deepavali kot .
nampak lak satu kasut yang sangat berkenan di hati .
comel tak kasut kat atas tu .
Saiz kaki vee ni 4 jer ye kengkawan .
Tinggi pun budget shiela majid je vee ni .
My anak buah 10 tahun tu pun dah lebih tinggi dari mak usu dan mamanya .
... ermmm .
... ermmm .
Dah dapat kasut , pi kat gajah merah .
Mak aiii ... mereka tak done shopping lagi rupanya !
masuk balik AEON sebab nak sejuk .
Duduk kat bangku rehatkan kaki .
Buka kotak kasut dan tukar kasut .
perghhhh ...
selesanya kasut baru dengan tapak yang lembut .
Pandang tingkat atas ,
nampak my kakak dan family baru nak gerak turun .
selepas beberapa minit , apasal tak sampai lagi .
rupanya mereka masuk kedai popular .
Tetiba rasa nak berselfie dengan lenovo baru my kakak .
pergi dapatkan mereka .
Owh ...
si abang dah tersenyum - senyum bermain dengan lenovo .
Kan ! budak ni senang jer pujuknya .
... heh heh heh .
Tetiba kaki terpeleot nak jatuh .
my anak buah gelakkan ...
kasut baru tumit tinggi sangat katanya .
.... cehhh , nasib baik tak jatuh .
Kalau tidak , mak jemah femes sekejap masuk fb hari tu ...
... jadi nangka busuk jatuh di depan ramai orang wehhh !
" mama lapar . "
korang ingat korang jer yang lapar ?
semua orang dah lapar .
Tengok jam dah 3.20 pm.
" lapar jer yg korang ingat ."
" belum solat zuhur lagi tau . "
Tunggu anak buah bayar tiket kat mesin lambat lah pulak .
Dalam 15 minit , sampai lah rumah .
Dekat , ya memang dekat !
Sampai rumah , lantai dah berkilat .
Man in the house dah kemas rumah .
... heh heh .
Jengok dapur ... alamak tak masak lagi rupanya.
Masak nasi jap sebelum pi solat .
hasil tangkapan untuk si kecik .
Si kecik tak tahu mamanya dah belikan dia baju .
Bila mamanya tunjuk , terus jer dia pakai weh .
Pas tu dengar le kakak - kakaknya sedang menerai baju yang di beli sambil puji cantik .
Tetiba dengar orang didapur .
Teringat tadi vee masak nasi .
alamak ... apa jadi dengan nasi tu ?
Pi kuar bilik , nampak man in the house sudah makan .
Rupanya bukan kami seorang yang kelaparan !
... adehhhh
Hari ni mood baik tulis entry panjang lebar .
Tapi masih tak dapat lawan MD nih .
Tak sangak entry ni ambil masa lebih 30 minit !
Tabik la kat MD yang boleh menaip berjela tuh ...
gigih baca sampai abis tau..
ReplyDeleteshopping jugak ye..
teringat semalam..ada survey kat Aeon..berkenan kat 1 sandal ni..tapi tahan nafsu..belum gaji tau..
boleh tahan merajuk jugak abang tu ye.
ReplyDeletekalau saya kuar dgn anak-anak buah, beranilah depa nak tarik2 muka..
saya ni mak sedara yg ganas lagi buas tau.. mwahaha..
Kecik orgnya..
ReplyDeleteLya punya saiz 8-9.. huhu
Alahai..ank sedara tu.. demand hp tu. Tp mujur jns x guling2 ats lntai
Tak payah nak cuba-cuba melawanlah, Vee. Memang terseksa jiwaraga nak menulis panjang lebar. Kecuali mood baik yek. Saya ni mood baik ke tak baik ke, ribut taufan angin puting beliung, tetap juga tulis panjang berjela ^_^
ReplyDeleteEh, bukan ke kita lebih kurang je bab ketinggian tapi saya takdalah macam Shiela Majid. Saya tinggi lagi. Saiz kasut pun 6 tau. Kadang-kadang terlebih 7 takpun jadi 5 1/2. Eh, boleh gitu ke?
Budak-budak biasalah, banyak songehnya. Nasib baik anak saya dua je hero. Kalau lebih, mahu saya yang guling-guling kat lantai shopping mall tu!