Soo Hoon Sup Ketam Pedas


Assalamualaikum ...

Sambungan entry tragedi ketam namanya , pada hari semalam .
Kali ni giliran vee pulak masak ketam versi vee .
Nak tahu apa resepi ketam yang vee teringin nak makan ,
jom layan jer citer seterusnya ...

Oleh kerana malam tu sup ketam my kakak ada banyak baki kuahnya ,
Maka vee simpan baki sup ketam dalam peti sejuk .
Esok petangnya , bermulalah projek vee dengan wak ketam ni .


 Soo Hoon Sup Ketam Pedas



Soo Hoon Sup Ketam Pedas 


Dari baki sup ketam malam tadi ,
Vee hasilkan soo hoon sup ketam pedas 
pakai campak - campak ikut suka hati selera sendiri .

Cara Membuatnya :


Panaskan sup ketam .

Masukkan daun limau purut , pes cili  , 

cili padi dan sedikit air asam jawa .

Bila sup dah mendidih ,

masukkan soo hoon dan tomato .
Bila soo hoon dah kembang , tutup api dan angkat .

Tips


Kenapa vee letak asam jawa ?
Ketam mengandungi kadar kolesterol yang tinggi .
Maka , asam jawa itu nyahkan kolesterolnya .
Ni idea sendiri ya .
Bukan pakar nutrisi tau .

Vee sebenarnya sangat sukakan soo hoon .
Selalunya stok memang ada .
Resepi feveret dah tentulah sup sayur soo hoon .
Makan ratah je kengkawan .
Makan guna jari lagi .
Ambil sikit - sikit masuk mulut .
Perghhh ... lazat dan nikmat you !
Tak de nak jemaah dengan nasi bagai .

Inilah diet cara vee ... heh heh .





6 Sila komen:

  1. Kita yg buat dia ye tak. Tak membazir..hihi
    Soo hoon ni dkt indon mereka buat macam meehoon kan. Sedsp jgk dgoreng

    ReplyDelete
  2. Salam jumaat. Hee sedap sohoon ketam itu.

    ReplyDelete
  3. KALAU DIET GITU KOMPEM KURUS..... HAHAHA AKAK DOK SIBUK DIET ATKIN TAPI ASAL MASAK KENA MAKAN ASAL MAKAN KENA MASAK AJE... CAMNE TU...

    ReplyDelete
  4. Samalah kita, Vee. Saya suka ketam. Saya suka suhun. Kat rumah tu stok suhun memang tak pernah takda. Kalau ada, habis segala masakan kalau boleh nak letak suhun. Nasib baik anak-anak pun suka gak!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...