Khasiat Sayur Tauge


Assalamualaikum ...

Sayur taugeh yang murah dan mudah didapati ini tidak begitu disukai orang termasuklah anak buah vee . Kalau masak mee ada taugeh , confirm beratur taugeh tu di tepi pinggan . Vee pula , kalau taugeh dimasak terutama dalam sup dan masak sayur goreng , biarlah masih rangup aka sekadar layu sahaja . Bagi vee , kalau dah lecur sangat tu , memang tak berertilah makan taugeh ni . Dah tak ada khasiat . Taste vee makan taugeh mentah . Manis di mulut dan rangup dikunyah . Sesekali buat kerabu , memang mantop ! Selalunya vee tabur jer taugeh mentah atas mee . Korang tahu tak taugeh yang asalnya dari kacang hijau ni ,  kaya dengan khasiat yang mampu menyembuhkan pelbagai jenis penyakit . Tak percaya jom kita baca apa khasiat sayur taugeh .


 Khasiat Sayur Tauge


Khasiat Taugeh Yang Anda Peru Tahu


1. Mampu meningkatkan kesuburan lelaki dan wanita.


Untuk kaum lelaki, pengambilan taugeh mampu menghasilkan sperma yang lebih baik manakala untuk kaum wanita pula, taugeh dapat membantu kesuburan telur yang dihasilkan.

2. Mampu melumpuhkan bibit kanser, usus besar, pankreas dan leukimia.


Mengikut kajian yang dijalankan taugeh mengandungi banyak unsur fitokimia yang berkhasiat. Salah satunya ialah kanavanin iaitu sejenis asid amino yang mampu melumpuhkan bibit kanser, usur besar, pankreas dan leukimia.

3. Mencegah kerapuhan tulang.


Taugeh mempunyai estrogen semulajadi yang berfungsi sama dengan estrogen sintesis. Ia berfungsi untuk meningkatkan kepadatan dan mencegah kerapuhan tulang (osteoporosis).

4. Terhindar daripada kanser payudara.


Bagi wanita, pengambilan taugeh dapat membantu menghindarkan diri daripada kanser payudara, ganguan semasa menstruasi, simptom pra-menopaus dan juga gangguan akibat menopaus.

5. Menghalang tubuh daripada sel perosak DNA.


Taugeh kaya dengan antioksida yang kuat dan mampu menhalang tubuh daripada radikal bebas perosak sel DNA.

6. Menghalang lemak-lemak jahat (LDL) tanpa mengganggu kandungan lemak baik (HDL).


Taugeh kaya dengan kadar saponi. Mereka yang berisiko penyakit strok dan serangan jantung akibat daripada kadar lemak yang tinggi disarankan supaya mengambil banyak taugeh dalam menu harian mereka.

7. Membantu membuang kotoran dalam usus besar.


Taugeh mengandungi banyak serat dan air. Oleh itu taugeh juga berfungsi untuk membuang segala kotoran dalam usus besar. Hal ini juga dapat membantu memerangi sel kanser. Apabila kotoran dihapuskan, tiada lagi zat-zat dalam kototran yang dapat diserap ke dalam tubuh badan kita.


Bila disenaraikan khasiatnya , sangatlah banyak kan . Rugilah siapa yang tak suka makan taugeh ni . Maka beruntunglah vee yang cintakan taugeh mentah ... heh heh heh . Korang macam mana ?











10 Sila komen:

  1. murah dan berkhasiat..
    tambah buat jemput tauge dgn ikan bilis memng lazat..
    naik kereta..

    ReplyDelete
  2. Lepas nie zumal kena amalkan makan tauge la ^_^

    ReplyDelete
  3. kathy tak boleh makan taugeh mentah sis..macam nak terkeluar balik..

    ReplyDelete
  4. favorite!!saya lagi suka taugeh dari sayur hijau. crunchy gitu. hehe

    ReplyDelete
  5. saya pun kurang gemar tapi kalau dah ada makan je la

    ReplyDelete
  6. Saya suka juga taugeh ni... tp anak2 n en hubby tak mkn sayur... so selalu membazir... lastnya saya pun tak mkn sayur... huhu cuma kalau teragak sgt nak mkn sayur baru saya beli...

    ReplyDelete
  7. Bnyak khasiat taugeh ye.
    Tp ntah nape lya x suke mkn taugeh ni. Kt sini org pgil "camboh"

    ReplyDelete
  8. nasib baik sis JM pun suka mkn taugeh..rupanya byk khasiat ek..tapi tak lah suka taugeh mentah tu tapi di buat kerabu..nyum..nyum

    ReplyDelete
  9. Oh, nak kata saya tergolong dalam orang-orang yang rugilah yek sebab tak makan taugeh! Tak mahu kawan 12 jam tau!

    Saya samada mentah ke, layur ke, layu sebelum ditelan ke tetap sama, saya tak makan taugeh. Tapi tetiba je rasa nak buat eksperimen dengan anak-anak untuk tanam taugeh di tepi dapur!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...