Kisah Mangga Di Luar Pagar


Assalamualaikum ...

Musim mangga datang lagi .
Macam biasa , my kakak akan bawa balik mangga .
Pemberian kawan sekerjanya .
Ada lak yang mengadu kisah mangganya .


 Kisah Mangga Di Luar Pagar



 Kisah Mangga Di Luar Pagar


Kisah Mangga Di Luar Pagar


Kawan my kakak tanam pokok mangga tetapi di luar pagar .
Bila berbuah , semangatlah tunggu nak masak .
Boleh la sedekah pada jiran tetangga dan kawan - kawan .

Satu hari nampak lak satu india ni berhenti kat pokok mangganya .
Dengan selambanya dia memetik buah mangga tu .
Kalau untuk makan tak pe lah .
Tapi kalau dah memetik tak ingat dunia , confirm untuk dijual .
Maka tuan punya pokok pun menegur 

" awak tak boleh ambil mangga tu . 
awak perlu minta izin dari saya .
saya yang tanam pokok mangga tu . "

" ini tanah bukan awak punya .
sapa - sapa pun boleh petik ini mangga . "

Dia terus memetik tanpa rasa bersalah .
Mulut tak de insurans plus spesis tak tahu malu pun ada .

Tuan pokok tu bukanlah kedekut pun .
Kalau ambil sebiji dua untuk makan apa salahnya .
Dah buah mangga pun banyak .
Makan sendiri memang tak habis .
Tapi kalau dijual , senang jer dapat untung atas angin .
Tu yang kawan my kakak jadi sakit hati dan berangin jer kepala .

Itulah risiko bila tanam pokok luar pagar .
Vee pun ada pokok kat luar pagar .
Pokok pisang , pokok pandan dan kelapa gading .

Masa tanam tu dah niat nak sedekah kat orang .
Jadi tak sakit hati bila buah pisang tetiba tak ada .
Daun pisang kena potong .
Daun pandan dah togel .

Senang jer kan !







4 Sila komen:

  1. biasalah..utk mengelak masalah gini..jgnlah tanam pkok tu dekat dgn pagar..huhu..

    ReplyDelete
  2. XPALAH..SIMPAN REZEKI KEKAL DI AKHIRAT SANA...R JIKA NAMPAK BUAHNYA DH MATANG SEGERALAH DIKAIT ..AGIHKAN KPD JIRAN2 KITA...KALAU BIAR DIPOKOK LUAR PAGAR PULA MMG XSELAMAT NK DIMARAH PUN XBOLEH..

    ReplyDelete
  3. Itulah kenapa tanam mangga di luar pagar? Cuba buat macam saya, satu apa pun tak tanam. Semua beli. Memang haru biru kan. Huahaha....

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...