Seekers Versi Kami


Assalamualaikum ...

Malam ni man in d house tak ada .
Maka berjimbalah kami tengok astro .
Macam biasa , malam khamis ada program seekers di ntv7 .
Program kegemaran my anak buah .
Jadi, Vee dan my kakak tumpang sekaki .

Episod kali ini seekers pergi buru hantu di sebuah reumah di Kedah .
Mengikut cerita pemilik rumah , memang ' keras' lah rumah tu .
Makcik sedang solat pun dia boleh diheret !

Maka my kakak dan Vee pun buka lah cerita .
Tentang umah my bonda di kampung .
Ada makhluk menumpang ceritanya .
Banyak insiden yang dah berlaku sebenarnya .



 Seekers Versi Kami



Seekers Versi Kami


Insiden 1;

Kebiasaannya , bila cuti sekolah ,
my anak buah akan berkumpul di rumah bonda beramai - ramai .
Satu malam tu tetiba sorang anak buah lelaki duduk sambil memandang ke arah tangga terus ke tingkap .
Bertanyalah mak usunya ; " nape ? "
" Tak ada ape . " Jawabnya .
Pastu dia dia baring semula dan pejamkan mata .
Maka selamba aje lah mak usunya melayan tengok tv channel singapore nih .
Lepas tu vee perasan dia sedang merenung tingkap di sebelah vee .
Vee tak terfikir apa pun . 
Selamba saja vee tutup tv dan layan tido .
Tetiba dengar pula alunan bacaan rukyah di telefon .
Vee layan jer tidur sebab mata dah mengantuk sangat .
Masa breakfast , my anak buah bercerita ;
" mak usu , malam tadi kan orang nampak lembaga besar .
Mata dia merah , mak usu . "
" Owh , patutlah ko on bacaan rukyah . "
............................................................................................. 

Insiden 2;

Vee baru tiba di kampung untuk merayakan aidil fitri .
Masa tu dah jam 2 pagi rasanya .
My kakak dari JB sudah tiba lebih awal iaitu selepas maghrib .
Maka berborak panjanglah kami .
Ketika jam dah melewati pukul 4 pagi , my kakak pun dah mengantuk , vee off tv . 
Dalam seminit selepas itu , tv on semula .
Pada masa tu , vee tahu ada 'makhluk' sedang tengok tv .
Jadi vee biarkan saja .
Subuh , bangun untuk solat , vee tengok tv sudah off .
Vee tidur dengan bonda dan kakak kat sebelah tv jer 
... heh heh .
............................................................................................

Insiden 3;

My kakak rasa tak sedap badan .
Rasa macam ada makhluk yang bertenggek dibelakangnya .
Maka dia pun on bacaan rukyah supaya dia mudah tidur .
Tiba - tiba my kakak terjaga dan pelik sebab tangannya kiri dan kanan sedang dijinjing ' sesuatu '.
Dia pun cakaplah ; " sapa angkat aku nih ? " 
Tetiba tangan tangan my kakak dijatuhkan .
Maka tahulah my kakak bahawa ada 'makhluk' marah sebab dia on bacaan rukyah .
My kakak off bacaan tu dan nenyak tidur tanpa diganggu .
Mungkin ' makhluk ' tu rasa 'panas '.
............................................................................................

Alhamdulillah setakat ni kami tidak diganggu sampai tahap kerasukan .
Kalau kita tak kacau 'dia', 'dia' juga tak kacau kita .
Cuma my kakak yang umahnya hanya beberapa langkah di belakang ,
memang tak berani masuk rumah bunda waktu malam ketika rumah tu kosong .
Meremang bulu roma katanya .
Dia hanya berani masuk selewat 6.30 petang untuk on lampu .

Setakat ni , siapa pun antara kami yang balik kampung ,
tak kisah dengan ' benda ' tu semua  sebab itu rumah kami .
Anak - anak buah pun tak kisah .
" Mereka' pun bukan sentiasa menggangu .
Cuma kebetulan dan ada ketikanya sahaja . 
Saja nak menyakat kot !

My anak buah , bila kami cerita benda ni , mereka tak percaya .
Kami memang saja tak nak cerita pada mereka ketika itu .
Kesian mereka nanti tak berani nak tidur malam .
Semangat budak dengan orang tua ni lain .
Kami ni , bersedialah juga dengan amalan - amalan tertentu .
Manalah tahu , tetiba ada berlaku sesuatu yg tidak terlintas di fikiran kan !







15 Sila komen:

  1. kecur air liur sy tgk pic makanan tu..sedap layan musim hujan ni

    ReplyDelete
  2. Biasalah kalau rumah dah lama ditinggalkan ada 'orang' lain yang menumpang tinggal. Yg tak seronok dia tinggal free aje, tak bayar sesen pun. Kalau nak bayar pun kita bukan nampak dia kan..?

    Yang insiden 2 tu berlaku juga kepada anak saya bila kami bercuti di Batu Pahat baru-baru ini. Biarkanlah dia nak tonton TV...

    ReplyDelete
  3. wah wah wah..hehehehehe..

    ReplyDelete
  4. takut nya..macam mana benda tu boleh ada dalam rumah..takut saka je..sebab benda macam ni bila dia dah lama dengan kita dia akan jadikan kita tuan nya.

    ReplyDelete
  5. mee bandung ke tu..

    hantu dan jin memang takut ayat2 rukyah..

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. seramnya...ada anak buah vee yg terus mata ya...maknanya dpt melihat mkluk alam lain satu kelebihan tu...

    ReplyDelete
  8. Aiyooo... kalau Uncle Seeker nak pencen, Vee boleh uruskan program tulah. I is penakut. Nampak je macam berani. Rumah kampung mak pun macam tu juga. Sebab dah setahun lebih ditinggalkan. Balik sekali sekala, barulah ada bertuan rumah tu. Kalau balik tu meremang juga bulu roma. Rasa macam ada orang je dok perhati kita.

    ReplyDelete
  9. Waa....seram blog ni tapi entrinya memang menarik, salam kenal.

    ReplyDelete
  10. meremang bulu roma baca.. hantu pun pandai tgk tv eh.

    semoga tak jd kes yg berat lg. semoga allah melindungi keluarga sis

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...