Merapu lah pulak


Assalamulaikum ...

Semalam petang , 
man in d house balik membawa hasil  tangkapan .
Menjala tak jauh pun .
Nun di simpang jalan nak masuk ke taman .
Kat situ memang happening .
PBT pun tak kacau .
Ruang pun macam pemaju sediakan khas untuk peniaga  .
Macam - macam ada dijual kat gerai .
Ada roti canai , kuih muih , pelbagai jenis nasi , lauk pauk .
Sesapa yang nak makan petang atau malas nak masak untuk dinner , 
pilih jer apa yang korang nak dan bayar .



Merapu 1


" Apa ni mama ? "
" Sian anak aku , cakoi pun tak kenal "
" Sos hijau tu ... "
" Wasabi ... "
Ishhh , merapu lah pulak .
Tau lah dah tak menahan nak melantak .
Dah kat Malaysia tak ada tanam pokok wasabi , 
camna la tauke gerai nak jual !
" santan la "
Yang caler hijau tu perasa pandan .



Merapu 2


" wahhh ... "
" Apa tu mak usu ? "
" Cucur badak , "
" Najwa kata cucur udang . "
" Cucur udangggggggggg ... banyak udang ya ."
Merapu lah pulak .
Tak perasan ada udang berketul - ketul .
" Cucur badak guna keledak lah . "
... heh heh heh
( gelak mak usu yang dah termalu ) .




Donat ni sangat gebu dan agak besar tau .
Tekstur pun lembut jer bila dikunyah .
Puaslah makan  petang tu .
Sebab man in d house beli dgn kuantiti yang banyak .

Alhamdulillah ... rezeki dipetang hari .







8 Sila komen:

  1. sedap nyer cakao... lebih2 mkn dgn sambal ikan bilis...

    ReplyDelete
  2. menikmati bersama keluarga..indah sungguh

    ReplyDelete
  3. hai dear... salam kenal2..hihi

    done follow u & join GA..

    http://iambintanghati.blogspot.com/2014/10/blogger-area-mega-giveaway.html

    ReplyDelete
  4. mati2 ingat menja ikan tadi...pandainya merapu qv...selamat raya haji maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  5. Sesekali merapu dengan anak-anak buah apalah salahnya. Best kalau sakat budak-budak nih.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillahsenang kan
    siap ada jual lauk pauk
    jimat masa dan tenaga
    tinggal keluarkan duit je :)

    ReplyDelete
  7. nasib baik takde yg tnya..cucuk badak takde badak pon

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...