Amboi , Garangnya !


Assalamualaikum ...

Keseronokan menonton tv terganggu 
bila tetiba dengar kucing bergaduh di porch .
Maka si kecik pun pergilah menjenguk .
Katanya , si pinky nose bergaduh dengan kucing besar .

 Amboi , Garangnya !

Pinky Nose yang boleh tido di mana saja 


Lepas tu si kecik keluar semula dapatkan si Pinky Nose .
Tetiba dia lari masuk .

" Mak usu , kucing besar kejar . "

Bila vee jenguk kat depan pintu ,
si kucing besar itu sedang menelengkan kepalanya 
dengan bunyi yang garang .
berekor kembang , berloceng dan perut yang bergayut mencecah lantai .

Amboi , Garangnya !
Mr. Jebat yang macho

" ko anak sape . Datang umah aku nak buat onar ? "
" kalau nak ngurat aweks pun jangan lah lagak samseng kat tuan rumah ! "
" nasib baik mr jebat si macho aku tak de. "
" kalau tak , belum tentu ko sempat lari tau . "


Dia makin marah dan nak terkam vee .
Vee capai kasut dan ajukan pada si kembang .
Perghhh ... kasut pun dia nak terkam .
Si kecik dah ketakutan sebab tangan kena cakar .

Thinker Bell geng si kembang


Rupanya kucing jiran selang serumah .
Datang dengan geng yang bernama Thinker Bell .
Thinker Bell ni kalau tuannya lepaskan ,
confirm berumah kat rumah my kakak .
Setakat ni tak de gaduh lah .

Last weekend , si kembang ni datang lagi .
Vee pun terus jer ambil kamera .
Tangkap gambar dia yang sedang marah .

 Amboi , Garangnya !


Masa ni si kembang sedang marah sebab vee agah dia .
Tak takut manusia betul .
Tak tahulah kalau tuan dia bela dia untuk jaga rumah .
Pencuri masuk , confirm kena terkam nih !

 Amboi , Garangnya !


Masa ni si kembang nak keluar pagar .
Vee cuba lah letak tangan kat badan dia .
Itu pun berani campur takut .
Kalau kena ngap tangan , bisa wooo .


 Amboi , Garangnya !


Perghhh ... pusing balik beb !
Nampak tak wajah marahnya nak terkam Vee .
Selamba jer vee pi acah dia dengan kamera .

Selalunya Vee jumpa kucing import ni dok cuma makan tidur je .
Tak jumpa la garang macam ni .
Rupanya memang ada spesis yang boleh jaga rumah macam anjing .
Tapi best ni kalau jadi baka pada kucing aweks vee .
... heh heh .







15 Sila komen:

  1. Comelnya tapi garang..err, jadi takot pula nak pegang kucing garang macam tu..

    ReplyDelete
  2. Anak jantan betul si-kembang tu, Vee bolehlah buat dia jadi adik angkat minta tolong tengok-tengokkan rumah sama...

    ReplyDelete
  3. Wah..boleh jadi penjaga rumah..sudah bagus QV, tak perlu upah jaga..

    ReplyDelete
  4. comei jer...hehehe..nama pun boleh tahan..

    ReplyDelete
  5. ooo.. gini rupanya muka kucim samseng.. samseng kah? haha.. garang takut woo.. anak buah saya pernah kena cakar dgn kucim garang. sampai hari ni fobia dia dgn kucing. sian.

    ReplyDelete
  6. Kalau bunda dengar kucing bergaduh tak berani keluar rumah....setakat halau gertak2 dari dalam rumah jer...

    ReplyDelete
  7. Salam Singgah - garang kucing sebelah tu... garang jugak tuan rumah... kena bagi penyapu tu takleh biarkan... karang beranak cucu kat situ

    ReplyDelete
  8. Haha... ni kucing baka baik ni Vee. Kalau ada org tak kenal dia terkam bagus memang utk jaga rumah. Jarang ada kucing macam ini kan. Biasa kucing kena halau mencicit lari..

    ReplyDelete
  9. ala comel tapi garang..cerita yang menarik tentang kucing

    ReplyDelete
  10. wei garang betul tu. kucing spesis apa ni hehehe

    ReplyDelete
  11. Ish, tak elok, tak elok. Jangan bagi dia mengawan dengan kucing aweks Vee tu okey. Garang bebenor ler!

    Sayakan kucing tak garang pun saya dah takut. Inikan pulak kucing macam si kembang semangkuk ni. Pecut dululah yek!

    ReplyDelete
  12. peh, garang gila si kembang..tgk telinga pun tau dia tgh posisi nk menerkam je tu..huhu..lma dah xjumpa kucing grang..asik jmpa kucing gedik mngada-ngada jer..hehe..

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...