Assalamualaikum ...
Hari Isnin lepas kan hari Asyura .
Bersemangat lah vee membuat bubur Asyura .
Menggunakan sup tulang yang sengaja my kakak masak banyak .
Hari selasa tu masih ada baki lagi .
Maka bersemangatlah menghabiskannya .
Pas tu makan lak sambal sotong yang my kakak masak .
Ada campuran rempah kari didalamnya .
Dalam kul 1 pagi tetiba , my perut meragam .
Masa tu dah tahu cik cirit beret nak datang .
Masuk bilik air tapi masih tak selesai .
Sakitnya menahan azab sampai peluh jantan pun keluar .
Dalam pukul 4 pagi baru berkurangan .
Siang tu sakit masih bersisa .
Maka breakfast dengan perut yang sangat kosong
dan otot - otot yang lemah .
Vee cuma mampu makan sandwich kobis merah jer
untuk mengalas perut .
Sandwich Kobis Mayonis
Anda hanya perlu sediakan roti sandwich beberapa keping .
Cincang halus kobis merah .Tuangkan sedikit mayonis dantaburkan sedikit garam ke atas kobis merah .Gaul sehingga mesra .Ambil dan tepekkan diatas roti anda .
Jenuh juga vee berfikir apa penyebab utama sakit perut ni .
Kemungkinan sup tulang itu .
My kakak mungkin masukkan serbuk rempah sup
dan sedikit rempah kurma .
Lepas tu Vee campurkan dengan bubur nasi
untuk buat bubur Asyura .
Pastu makan pula sambal sotong
yang dicampur rempah kari .
... berapa banyak rempah daaa .
Patutlah perutku meragam !
Sekarang ni masih tak berani nak makan sambal
atau apa sahaja yang pedas .
... phobia !
beberapa malam ni lak
my kakak masak lauk pauk pedas memanjang .
Pilihan yang ada hanya makan roti sandwich saja
yang stoknya sentiasa ada .
Tadi my anak buah mintak rasa sardin yang dia masak .
Bila Vee rasa jer ...
... alamak , pedas lah pulak !
Tak sangka pemakan lada tegar ni
boleh kecut perut gara - gara
perut meragam teramat kelmarin .
Harap - harap perut ni masih tahan lagi dengan kepedasan .
Taubat lada lah katakan ...
... heh heh .
Anggap sajalah kifarah dosa .
" Alhamdulillah , dapat kurangkan dosaku . "
Bila dah jadi macam ni
ada lak idea nak maintain perut yang kempis ni .
Maka misi pun bermula .
... makan roti dan ratah lauk pauk saja ya !
" Alhamdulillah , dapat kurangkan dosaku . "
Bila dah jadi macam ni
ada lak idea nak maintain perut yang kempis ni .
Maka misi pun bermula .
... makan roti dan ratah lauk pauk saja ya !
gabungan baki bubur asyura + sambal sotong + rempah kari boleh buat sakit perut. alamak!
ReplyDeletemaybe cik qaseh makan tak kena time kot... semoga sembuh cepat ye, jangan lupe makan pil chikitekaut tu. berkesan jugak kadang2.. jangan makan pedas, kalau tak lagi parah jadiknya.. hehe..
dan jangan risau, kadang2 sakit itu boleh jadi kifarah utk dosa2 kita.. ^_^
taubat lada yer..hihi..timm klau pas ciri beri mmg puasa 3 hri xmkn..minum jer sampai perut rsa ok..pastu baru mkn..hoho..jgn lupa minum air suam+gram utk tmbah balik cecair yg hilang tu..
ReplyDeletemacam-macam dimakan..perut kasi rehat kejap..nanti baiklah tu QV
ReplyDeleteSAKIT PERUT SESEKALI DATANG BOLEH MENYEBABKAN DEMAM....SIKSA SUNGGUH APA YG NK DIMASUKAN KEMULUT KENA BERHATI-HATI..
ReplyDeleteassalamualaikum vee
ReplyDeletebaru bepeluang menjejakkan kaki ke sini lain vee
lain sungguh penggunaan bahasa di CM dan di sini
sini lebih santai =)
kesian dia sakit perut
tapi sandwich kubis tu baru 1st time dengar =)
sedap
ReplyDeleterempah kari memang boleh buat perut kita meragam..
ReplyDeletetak tahan pedas rupanya. hehe. kalauu saya semua makanan lagi suka kalau pedas.
ReplyDeleteTak sangka pencinta lada pun takut dah makanan pedas-pedas ya dek kerana sakit perut. Vee, sandwich kobis merah tu belajar kat drama korea juga ke?
ReplyDelete