Showing posts with label Sandwich. Show all posts
Showing posts with label Sandwich. Show all posts

Kisah Sandwich Kobis Mayonis


Assalamualaikum ...

Hari Isnin lepas kan hari Asyura .
Bersemangat lah vee membuat bubur Asyura .
Menggunakan sup tulang yang sengaja my kakak masak banyak .

Hari selasa tu masih ada baki lagi .
Maka bersemangatlah menghabiskannya .
Pas tu makan lak sambal sotong yang my kakak masak .
Ada campuran rempah kari didalamnya .

Dalam kul 1 pagi tetiba , my perut meragam .
Masa tu dah tahu cik cirit beret nak datang .
Masuk bilik air tapi masih tak selesai .
Sakitnya menahan azab sampai peluh jantan pun keluar .

Dalam pukul 4 pagi baru berkurangan .
Siang tu sakit masih bersisa .
Maka breakfast dengan perut yang sangat kosong 
dan otot - otot yang lemah .
Vee cuma mampu makan sandwich kobis merah jer 
untuk mengalas perut .


 Kisah Sandwich Kobis Mayonis


Sandwich Kobis Mayonis


Anda hanya perlu sediakan roti sandwich beberapa keping .

Cincang halus kobis merah .
Tuangkan sedikit mayonis dan
taburkan sedikit garam ke atas kobis merah .
Gaul sehingga mesra .
Ambil dan tepekkan diatas roti anda .

Jenuh juga vee berfikir apa penyebab utama sakit perut ni .
Kemungkinan sup tulang itu .
My kakak mungkin masukkan serbuk rempah sup 
dan sedikit rempah kurma .
Lepas tu Vee campurkan dengan bubur nasi 
untuk buat bubur Asyura .
Pastu makan pula sambal sotong
yang dicampur rempah kari .
... berapa banyak rempah daaa .

Patutlah perutku meragam !

Sekarang ni masih tak berani nak makan sambal 
atau apa sahaja yang pedas .
... phobia !
beberapa malam ni lak 
my kakak masak lauk pauk pedas memanjang .

Pilihan yang ada hanya makan roti sandwich saja
yang stoknya sentiasa ada .

Tadi my anak buah mintak rasa sardin yang dia masak .
Bila Vee rasa jer ... 
... alamak , pedas lah pulak !

Tak sangka pemakan lada tegar ni
boleh kecut perut gara - gara 
perut meragam teramat kelmarin .

Harap - harap perut ni masih tahan lagi dengan kepedasan .
Taubat lada lah katakan ...
... heh heh .

Anggap sajalah kifarah dosa .
" Alhamdulillah , dapat kurangkan dosaku . "

Bila dah jadi macam ni 
ada lak idea nak maintain perut yang kempis ni .
Maka misi pun bermula .
... makan roti dan ratah lauk pauk saja ya !