Daging Swiss Roll


Assalamualaikum ...

Hari ini 9 Muharram dan esok sudah tentunya 10 Muharram .
Selamat berpuasa kepada yang berkemampuan .

Hari ni vee nak kongsikan resepi yang vee jumpa di paper .
Daging Swiss Roll namanya .
Nak buat tapi belum ada bahan .
Jadinya , vee simpan dulu dalam blog .
Bolehlah korang cuba untuk berbuka nanti .


 Daging Swiss Roll



Daging Swiss Roll


Daging Swiss Roll ni banyak stepnya .
Kepada yang rajin dok dapu dan bake membake ni 
memang tak jadi masalah lah .
Yang jadi masalah bila korang malas ...
... heh heh
Vee pun tak rajin ko !

A : Bahan Inti

200 gram daging cincang
200 ml susu cair
2 sudu besar tepung gandum
1 tin kecil kacang pis
1/2 cawan lobak merah dipotong dadu 
1 sudu teh serbuk lada hitam
sedikit daun bawang
2 ulas bawang putih dicincang
200 gram keju parut

Cara memasaknya:

1- Panaskan 150 gram mentega .
2- Tumis bawang putih dan masukkan daging cincang diikuti bahan lain .
3- Masak hingga pekat .

B : Bahan Kek

100 gram mentega (1/2 cawan )
100 gram tepung gandum ( 1 cawan )
200 ml susu cair 
4 biji telur
50 gram daging cincang
sedikit daun bawang 

Cara membuatnya ;

1- Campurkan mentega , susu cair dan tepung gandum di dalam periuk . Masak hingga sebati .
2- Kacau adunan yang dimasak sehingga rata .
3- Masukkan telur sebiji demi sebiji dan kacau .
4- Masukkan daging cincang dan daun bawang . Pukul sehingga semuanya sebati .
5- Sediakan loyang kek gulung .
Ratakan adunan dan bakar sehingga masak .

Cara Menggulung Kek

1- Apabila kek sudah sejuk , keluarkan dari loyang.
2- Ratakan inti daging yang sudah sejuk .
3- Taburkan keju parut .
4- Gulungkan kek dengan kemas .
5- Simpan dalam peti sejuk untuk seketika .
6- Potong dan hidangkan .

Bila bab menggulung ni , 
macam susah je nak jadi cantik macam kat gambar tu .
Korang boleh kot ...


Resepi daging swiss roll guna gram lah pulak .
Nak juga terjemahkan dalam cawan tapi takut salah .
Korang boleh cek anggaran gram ke cawan kat SINI .










11 Sila komen:

  1. Menariknya..daging pun boleh buat swiss roll..mesti sedap ni kan..

    ReplyDelete
  2. sedapnya tengok dalam gambar tu
    teringin nak buat, tapi vitamin M terlebih dalam badan, eheheh :)

    ReplyDelete
  3. Sedap nampak.. boleh pos 2-3 keping ke rumah saya tak...?

    ReplyDelete
  4. nampak agak renyah tapi sangat menyelerakan..kan best kalo rumah QV sebelah rumah saya..hehe

    ReplyDelete
  5. Alamak, Vee ... banyaknya steps. Haruslah tak menjadi kalau orang 'rajin' macam saya ni yang nak membuatnya. Makanya, saya angkat bendera putih. Memang tak tercubalah nampaknya ^_^

    ReplyDelete
  6. sedapnya..tapi nak buat tu macm tak rajin

    ReplyDelete
  7. Boleh try nie... Nampak sedap sangat....

    ReplyDelete
  8. daging pun ada swiss roll? ingatkan kek ja. ^^

    ReplyDelete
  9. Memang sedap resepi ni Vee, tapi macam kata Vee lah...nakmembuatnya memang malas. Tinggal makan rajin ler.

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...