Assalamualaikum ...
Vee suka amalkan petua - petua dalam kehidupan seharian .
Bagi vee , petua - petua ni lebih selamat berbanding pil .
Dah tentulah sebab tak de bahan kimia kan .
Antaranya halia .
Nak mudah , guna je halia yang ada di pasaran .
Kalau nak kaw - kaw punya ,
guna halia bara aka cekur hitam .
Minuman detox kat atas ni vee guna halia besar aka halia cina .
Petang buat air detox ni , simpan dalam peti .
Malam baru minum .
Pembakar lemak yang bekerja sendiri waktu kita tidur , katanya .
Tak rugi mencuba wehhh .
Minuman Detox Halia
* air teh hijau* limau kasturi* halia* timun* madu
Halia tu , vee ketuk untuk bagi rasanya keluar .
Kalau nak rasa yang lagi kuat ,
masak halia di dalam air hingga mendidih .
Pastu tutup api , tuang air ke dalam jug .
Masukkan lah uncang teh hijau .
Bila air dah suam , masukkan hirisan timun .
Kalau ada epal hijau , lemon atau buahan lain yang sesuai ,
boleh masukkan juga .
Bila dah sejuk , simpanlah dalam peti .
Masa nak minum detox halia nanti ,
barulah masukkan madu
dan perahan limau kalau tak cukup masam .
Boleh juga gantikan madu dengan gula batu .
Halia memang elok untuk buang angin dan panaskan badan .
Sebab tu orang cina / korea kalau masak mesti ada halia .
... ehhh , mat saleh pun guna juga kan .
Orang berpantang juga perlu makan halia .
Malah dalam jamu tradisionl , juga ada halia .
Maknanya , halia memang berkesan untuk kesihatan .
Kombinasi halia dan limau aka rasa masam ,
dah cukup untuk memecahkan lemak dan cuci perut .
Dapat la tanggalkan karat - karat kat dinding usus.
... sesedap rasa ni menaip .
Layan je lah korang ye ...
Salam kasih dari ...
mengancam sangat hasil dia kan...
ReplyDeletewah bagus nie..fungsi halia mmg utk buang angin kan..farah nie dari sehari ke sehari nak buat air detok.. tapi tak terbuat pun lagi..huhuhu
ReplyDeleteMcm2 air detox ada skg. Pernah buat lemon slices je. Yg lain2 blm try.
ReplyDeleteya, betul..buat sendiri lagi baik utk kesihatan..no chemical..
ReplyDeleteminum air detox halia ni bagus, memang belehak tak ingat. keluar habis semua angin dalam badan. ^^
ReplyDeleteNAMPAK SEDAP JER DETOX HALIA NI XRUGI DICUBA...
ReplyDeletenampak sangat sedap Vee....bagus utk kesihatan,kan...
ReplyDeletehalia klau campur dgn teh mmg sedap!
ReplyDeleteselamat 'membersihkan badan' sis vee..hehe
ReplyDeletetq for sharing..
ReplyDeletelya nk wak gak air detox ni..tp y guna timun btg.. nk guna halia..takut xleh telan.. tp blh je cba dulu
BAKAR LEMAK YER.... BLEH TRY NI..
ReplyDeleteSelalu minum teh halia panas huhuhuu.. :D
ReplyDeletexpernah buat. macam nak buat. tapi takut angin kuar banyak sebab bdn memang byk angin. huhu
ReplyDeleteramai juga yang amalkan air detox ni kn..
ReplyDeleteteh halia tak pernah try..
ReplyDeletegreen tea biasa jugak..
Pernah buat minuman detoks ni tapi sekejap je amalkan. Biasalah kalau perkara baik memang lambat sikit nak amalkan. Cuba suruh makan makanan yang tak elok untuk kesihatan, laju aje nak mencubanya. Eh, itu sayalah bukan orang lain pun!
ReplyDeleteBila waktu sesuai nak.minum air detox halia ni sis
ReplyDelete