Ujian , Redha Je


Assalamualaikum ...

Pagi ni , alhamdulillah , matahari mengeluarkan cahayanya .
Walaupun sekejap cuma , diselangselikan dengan hujan ,
cukuplah untuk bumi disinari cahaya .

Ujian , Redha Je




Ramai hati yang sudah gundah gulana dan kesedihan .
Sama ada mereka yang terlibat dengan banjir 
juga ahli keluarga yang tidak terlibat tapi terputus hubungan .
Hanya doa dipanjatkan dan harapan yang menggunung 
agar banjir yang melanda , pulih seperti sediakala .
Itu ujian buat mereka ...

Ujian untuk vee pula , 
keadaan my bunda yang kian uzur .
My bunda di bawah penjagaan my angah 
di Perak buat masa ini .

Walaupun tempat my angah belum lagi banjir , 
tak mustahil juga boleh banjir .
Kalau korang tengok gambar kat atas tu ,
itu fenomena biasa bila air pasang naik .
Bayangkan kalau hujan memanjang macam sekarang ni .
Lokasinya lak cuma 5 minit dari laut ,
belakang rumah lak ada sungai ( asal ) ,
sungguh membimbangkan kami di sini sebenarnya .

Setakat ini air baru naik di halaman rumah .
Belum lagi masuk ke dalam rumah .
My bunda sudah tak kuat untuk berjalan .
Akan jadi masalah kalau dia terpaksa turun naik tangga 
untuk ke bilik air jika air masuk ke rumah .

Ujian my kakak lak ,
mesin basuh rosak dikala musim hujan ,
anak 5 orang nak masuk sekolah ,
gajah merah masuk workshop 
dan roadtax mati ...
Sabar dan redha ... ujian dari Nya .

Setiap orang ada ujiannya sendiri .
Ujian yang berbeza ...
Sebagai hamba Allah , 
kita hanya boleh redha , berusaha 
serta tanpa berhenti berdoa kepada Nya .
Allah tidak turunkan musibah tanpa sebab .
Tentu ada hikmah dan pengajarannya .
Selebihnya , menguji iman serta ketaqwaan kita kepada Nya .


Ujian ... redha je .










7 comments:

  1. moga tabah hadapai ujian... ujian untuk mematangkan kehidpan dan tanda Allah sayang...

    ReplyDelete
  2. bersabar n redha ujian Allah psti brakhir jua...hujan ribut ada hntinya...

    ReplyDelete
  3. kunjung balas V...
    sama2 kita doakan agar segalanya dipermudahkan...akak faham sgt perasaan V...sebak baca n3 ni..teringat keadaan family di kg.

    ReplyDelete
  4. erm.. kena redha. tapi sedih lah tengok gambar banjir.. nampak bumbung je

    ReplyDelete
  5. cuba redha wpon susah, InsyaAllah... Allah itu ada...

    ReplyDelete
  6. Banyaknya ujian yang harus dilalui. Kena redha ajelah, Vee. Setiap daripada kita ni memang sentiasa dihujani dengan ujian hidup. Asal kita redha dan tabah, Insya Allah kita mampu harungi semuanya!

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...