Assalamualaikum ...
Banyak blog cerita tentang azam tahun 2015 .
Macam - macam jenis azam tahun baru ada .
Vee ada ke ?
... 2015 , semangat baru jer yang ada .
Semangat untuk banyak perkara sebenarnya .
Selebihnya , biarlah diri sendiri yang tahu .
Bila permulaan hari baru di tahun baru ... 2015
banyak perkara nak dibuat .
Antaranya kemaskini Facebook .
Buang mana yang tak berkenaan .
Masa ni lah baru perasan banyak status yang public !
Dalam pada tu , ada hati juga nak tukar mood baru .
Ubahsuai rumah aka blog yang ada .
Maka bermulalah buat header yang tak berapa nak menjadi .
... macam pelik jer kat atas tu .
Maybe sebab seciput kot ...
Kali ni nekad jer letak muka segedabak kat situ .
Nak orang tahu ini blog personal ...
... erkk , ada orang kisah ke ?
Sebelum ni memang tak pernah buat .
Maklumlah , budget pemalu gitu ... heheheee
Tahun ini juga akan ada banyak gambar sendiri dalam blog .
Ikut kesesuaian ceritalah .
Kalau sesajadah macam budget syok sendiri lah pulak ...
... aishhhh , malulah wehhh .
Hajat di hati nak tukar warna cat rumah ni .
Mencari dan mencari sampailah juling biji mato .
Sudahnya , cari dulu sampai jumpa yang betul - betul berkenan di mato .
Cerewet gak minah sorang ni kan .
harap hasilnya lebih menggegar jiwa .
Kalau tak ... segih sendiri je la .
Semoga 2015 akan menjadi medan persembahan terbaik dalam hidup kita .
Tahun ni vee bersemangat nak tambah RM melalui blog .
Alang - alang dah gila berblog ,
tiap hari pun hadap blog kan .
maka baiklah vee tambah pendapatan sekali .
Lainlah kalau ada suami atau anak ,
confirm kena hadap depa duulu kan .
Berapa banyak kan da ... heh heh .
Di sini , vee mengucapkan selamat tahun baru
kepada sahabat blogger .
Semoga kehidupan kita menjadi lebih baik
dan ibadah juga berganda .
Vee mohon maaf andai ada teguran juga komen
di blog sahabat yang mengguris rasa .
... kerana aku hanya insan biasa .
Selamat Tahun Baru 2015 dari
selamat tahun baru..yeahh azam tu letak muka setepek..hehee
ReplyDeletemoga 2015 tahun yang lebih baik..
ReplyDeleteselamat tahun baru 2015..comel sangat tengok rambut yang terpacak tu..hee ^_^
ReplyDeleteselamat tahun baru QV
ReplyDeleteSelamat thn baru Vee....moga thn 2015 lebih indah dr thn yg ditinggalkan.....
ReplyDeletebaru ni nampak muka empunya blog =)
ReplyDeletegambar atas tu, anak sape rambut trojan tu, comel =)
apapun selamat memasuki 2015 ye vee
moga tahun ini lebih baik dari 2014 =)
selamat tahun baru QV. betullah..ada gambar QV sendiri baru rasa yakin nak komen. rasa mcm dah kenal lama..:)
ReplyDeleteaha..dah ada header baru..tu selfie lepas beli handphone baru ke?selamat maju jaya sis, selamat tahun baru..
ReplyDeleteSelamat thn baru vee, x perlu lah malu letak gambar sendiri kerana vee cute dan cantik apa
ReplyDeleteJm doakan agar vee cepat temu jodoh aminnn n same to me heee
semoga tahun 2015 lebih baik :) amin
ReplyDeleteAgain, Selamat Tahun Baru 2015 buat Vee juga. Semoga tahun ni akan dipenuhi dengan memori yang indah-indah dan kejayaan buat Vee sekeluarga. Yang lepas-lepas tu mana tak seronok simpan dalam hati ajelah ye!
ReplyDeleteWah, barulah nampak betul-betul rupa tuan empunya blog. Saya pulak takda azam nak muncul dalam blog lagi :)