Merajuk Ko Je Ko Kira !


Assalamualaikum ...


Sebenarnya nak citer pasal drama sebabak kisah ni sebelum 2015 menjengah tapi dek kerana kemalasan nak menukar akaun google , maka terpaksa dibawa kehadapan lah . Citer berlaku pada hari Krismas . Off coz lah citer tentang my anak buah . vee tak de cerita best pun nak share dengan korang ... heh heh .

Nak dijadikan citer , pagi krismas tu my kakak mencuci baju yang memang masuk dalam kategori banyaklah . Sebelum ni vee dah ada mention kan mesin basuh my kakak rosak . Jadinya , my kakak kenalah basuh guna tangan untuk baju 6 orang anak plus baju dia dan man in d house sekali . Kalau sehari ok lagi tapi kalau dah lebih sehari ... korang agaklah sendiri berapa banyaknya . Ya , dah macam bukit


Merajuk Gila !


Kalau kata macam gunung dah terover lak kang . memang boleh keluar peluh jantan lah kan cuci guna tangan . kena lak musim hujan yang airnya sejuk nak capai tahap air batu tu ... tapi my kakak tak beku ye . cuma pucat tahap mengigil jer ... hahahaaaa

Selepas my kakak gigih membasuh , satu bakul penuh tu dia tolak le ke porch . tak mungkinlah nak angkat dengan keberatan baju yang basah tu kan . Masa lalu kat ruang tamu tu , dia nampak my anak buah sedang kenduri phonenya , main game beramai - ramai ikut sistem giliran . Maka my kakak pun berpesan kat my anak buah ;

" masak air ( air minumlah ) . "

Lepas tu my kakak pergi mandilah pulak . Dah basah separuh badan , takkan nak biarkan jer badan tu kan . Bukan setakat lemau , malah demam pun join sekali . Selesai mandi , masuk bilik , menghias diri . Pastu turun semula untuk menyidai baju pulak . Masa my kakak turun tangga , dia nampak air di dapur masih belum dijerang lagi . Jadinya berhenti di ruang tamu dan turunkan arahan lagi ;

" masak air . kalau tak masak air nanti tak ada air sejuk untuk minum . "

Lepas beri arahan , my kakak terus je pi sidai baju sensorang . Redha je kan bila anak - anak leka dengan game . Bila dah selesai sidai baju , masuk umah , nampak air belum lagi dijerang aka ditenggek atas dapur . Maka sepantas kilat dia sambar phone dan offkan . Bila dah off , confirm my anak buah tak boleh nak on sebab ada password ... hahahaaa . maka si abang pun cakap lah ;

" mama , hanani merajuk . "

kisahnya belum sampai giliran hanani main game , phone dah kena gantung !

" merajuk ko jer ko kira , merajuk mama ko tak kira ? "

My kakak jawab dengan muncung sedepa . vee dok perati jer sambil makan mee sup kambing . pastu my kakak terus je ambil nasi baki malam , makan dengan sup kambing yang vee dah panaskan . habis makan , terus naik dan masuk bilik .  my anak buah dok sengih - sengih jer pandang mak usunya yang sedang makan mee dengan lazatnya ... heh heh .

" nape , ko belum breakfast ? kan mama dah marah . pi masak sendiri . "

kisahnya my anak buah ni belum breakfast lagi walaupun jam dah tunjuk angka 12 tengahari . sebab mamanya dah merajuk maka 5 beradik ni pun bincanglah nak makan apa . akhirnya mereka decide nak makan nasi goreng saja . maka hanani pun turunkan arahan ;

" nabila masak nasi . " 

" ye la ... "

dengan lemah gemalai si anak dara 10 tahun yang baru akil baligh ni pun pergi dapur dan masak nasi . sebab hanani dan najwa dah expert kat dapur , maka vee biar je mereka masak sendiri . my anak buah ni kalau masak nasi goreng , segala jenis protein dan sayur mereka nak masukkan . tu belum lagi masuk rempah ratus jadi perasa . tapi mereka masak memang ada rasa aka sedap . betul , tak tipu you ! bukan sesaja nak memuji tau . 

sedang vee syok melayan blog , masuklah hanani bawa sudip . macam biasa , mak usunya jadi perasa . kalau ada racun , mak usunyalah yang masuk sepital dulu ... ehhh , dah mcm terover lak . tak kanlah ada racun kan . 

tetiba tekak lak rasa nak minum . pi dapur , nampak hanani bawa sepinggan nasi goreng pi naik . off coz hantar kat mamanya . bukan sekadar pujuk tapi memang dah rutin . kalau ada man in d house pun , my anak buah akan bagi dia juga . bila dah asingkan untuk mama dan abahnya , barulah mereka makan berjamaah dan kilatkan apa yang ada ... heh heh .

dah letih hadap blog , bagilah lappy rehat jap . pi ruang tamu nampak my anak buah sedang berkumpul ;

" aiiik ... main game ?  phone mama ? "

carik - carik bulu ayam rupanya . hati ibu cepat sejuk walau marah tahap naga dengan anak kan . dan anak lak pandai ambil kesempatan ... adehhh . selalunya anak ni tahu camna nak pujuk mamanya ... vee gelak sensorang dalam bilik . mana taknya , kerana nasi goreng sepinggan , my anak buah dapat main game lagi ... bijak , bijak ...



salam kasih dari  ...















7 Sila komen:

  1. mak dgn anak mmg hati mdh cair, cme anak je yg xpndi menghargai

    ReplyDelete
  2. WAH SUDAH MNJLMA WAJAH QV YG CANTIK COMEL...SUKA BACA CITER ANAK BUAH2 QV YG BERAGAM...MRK ANAK2 YG CERDIK N TAHU APA PTT MRK LAKUKN UTK ORG2 YG MRK SYG...

    ReplyDelete
  3. pndai memasak bagus la...dh lma hana x singgah sini

    ReplyDelete
  4. huhuhu..cerita ni memang sweet!biasalah Ibu, memang cepat sejuk dengan anak-anak.seelok-eloknya mak sedara macam kita ni jangan masuk campur..hehe

    ReplyDelete
  5. Ahaha kekadang perlu mersjuk gak kan sbb penat tp nasibbaik si anak tu memahami bolej take ver hati si ibu. Biasalah hati ibu mudah sejuk

    ReplyDelete
  6. Mak dengan anak memang cepat cairlah, Vee. Marah macam mana sekalipun tetap juga rasa kasihan pada anak-anak. Itulah yang sedihnya kalau dah besar nanti anak-anak hilang ingatan kasih-sayang pada makpak nih!

    Mak Usunya ligat memerhatikan ajelah gelagat mereka ni ya. Napa Mak Usu tak tolong jemurkan pakaian di ampaian? Mesti sedap bangat mi sup kambing tu*-*

    Sayakan kalau mesin basuh rosak, memang terus nak pitam. Itu baru pakaian untuk 4 orang. Kalau jadi macam kakak Vee ni, mahu saya meroyan jadinya! Ke dobilah kita nampaknya!

    ReplyDelete
  7. hehehehhe..kelakar bila tgk anak pujuk mak dia kan...tp kasih mak ngn anak...merajuk nye sekejap jer...hihihi

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...