Apa Virus Ntah


Assalamualaikum ...

Selalunya kalau vee buka blog , akan mengarang entry dulu baru baca komen . Tapi kali ni hati tergerak nak baca komen dulu baru tulis entry . Tetiba hati rasa tersentap pula dengan komen yang ada . Maka terus je lah pi baca balik entr semalam . Owhhh ... ya . Macam ada keriak kan penulisan di situ . Bukan niat hati nak menunjuk sebenarnya tetapi lebih kepada nak bercerita tentang situsi tersebut . Jadinya , vee sunting je lah semula entry tu , buang mana yang tak sesuai . Sebagai muslim , kita di tuntut untuk bersifat tawadu' aka rendah diri .


Apa Virus Ntah


Hari ini ada urusan di bank . sebelum pergi ke bank , beli lah air tin yang ada dalam mechine tu . RM 1 dimasukkan keluar balik , aikk ... takkan duit palsu kot . Maklumlah semalam ada baca pasal one guy ni kuarkan duit kat kaunter bank , pas tu baru perasan note 50 tu tak sempurna  bila dia tak leh masukkan dalam cash deposit mechine .

 Minum separuh air tin tadi , pas tu letak kat sit keta . Gerak sana , gerak sini , maka tertumpahlah air tin yang masih separuh tu melambak kat sit keta . dah macam kolam bertakung gamaknya . Toleh kiri kanan , memang tak ada kain lap . Yang ada hanya tisu di dalam handbeg . Kalau guna tisu , air tak surut , tisu habis gitu je . Guna jelah sampul surat tekuk sikit untuk membuang air yang bertakung tu . Dah tinggal sikit barulah guna tisu . ok , selesailah kisah ni . Tapi rasa tak sedap hati . 

Dalam perjalanan ke bank hujan lah pulak . Redah je la . Masuk bank , terketar - ketar sebab dah basah bertembung pula dengan ekon . Sedang menunggu giiliran , tetiba ada seorang budak menangis . Menanggis sungguh . Maknya cuba pujuk tapi tak jalan . si ayahnya ada juga di situ . Maka adalah staff bank yang memanjangkan leher melihat apa yang berlaku . Staff bank macam tak selesalah dengan tangisan budak tu . Sebab budak tu dah meragam bebenor , maka atu staff kat situ panggil lah mak budak tu . Lepas tu staff tu suruh masuk satu bilik . Rasanya budak tu nak nenen  lah . Kira ok lah staff ni sebab tak halau pelanggan dia . 

Apa Virus Ntah

dessert rm 4.80 sen ni hanya ada 2 laici . selebihnya jeli .
sweet sour rasanya .


Vee teringat masa vee berurusan di bank di kinrara ( bank yang sama ). Vee nampak pak guard bank tu pi halau bebudak dari masuk ke dalam bank . Kesian kat mak budak tu lah bila anak - anak mereka kena halau . masa tu tak ramai orang pun dan tak ada budak buat hal bising or menangis bagai kalau nak banding kan kat bank tadi yang memang ramai dan hampir penuh sebenarnya . Setakat ni vee tak nampak lak larangan tidak dibenarkan membawa anak masuk bank . Bebudak lak , bukan mak bapak mereka tau yang anak mereka nak meragam  .

Dah selesai di bank , perut meragam minta di isi . Pi je lah aeon . Teringin nak makan western kononnya . Dah order , semangat nak makan tetiba terfikir , lengan baju aku ni tak kena sos black paper ke , bila belek ... ermmm memang kena . banyak lak tu . nasib baik sinki di belakang saja . ambil tisu basahkan lah . pas tu sapu kan kat tempat kena sos , aikkk apasal ada sos cili lak ni . Baru perasan tisu yang vee ambil tu terkena sos cili . Dari sikit jer kotor kat hujung , bertambah sampai hampitr ke siku . sebab lengan baju ni warna putih , maka kenalah cuci bersih .

Apa Virus Ntah

steak black paper rm 14.90 sen 


Hati pun berdetik ... apalah malang hari ni . Tadi air tin tumpah , sekarang ni lengan lak kena sos . Alah , perkara kecik jer . Sedang elok makan , teringat kad belum tukar pin nombor . Lepas makan nanti , boleh jer tukar kat atm sebelah tangga tu . Habis makan , bersemangat lah gi sana . Sampai kat atm terpapar " harap maaf .... " . Tak pe ada lagi satu kat sebelah pintu keluar . sampai situ pun sama juga . Adehhh . dah jadi mini malang yang bertimpa - timpa . Maka pusing lah balik ke bank . nasib baik tak berapa jauh . Dalam perjalanan balik terfikir lak ... nape tak keluarkan rm sekali tadi ... tak pe lah mak jemah , esok masih ada . 

Lepas makan steak tu , perut lak rasa sebu dan kepala ada pening sikit . Apa virus ntah yang melanda diriku hari ini sampai jadi macam - macam ...






9 Sila komen:

  1. kesian sis vee...serba tak kena ye.nanti restlah, bagi recharge balik

    ReplyDelete
  2. actually mak-pak pon x nak ganggu org lain bler anak meragam tp anak2 bukan patung ada suis on/off button he3...

    ada mak-pak juga yg x bole tinggal anak sbb x de yg bole jaga so kena bawak jugak... org keliling la kena paham sbb kita smua pon pernah jadi budak, jugak pernah menangis depan org x d kenali ;p

    ReplyDelete
  3. kesian qv xpalh urusan harini dh selesai sedikit n boleh smbung esok pula...

    ReplyDelete
  4. Salam tahun baru 2015, Vee!

    Kita dah datang ni..... Hehehe...haru birulah Vee jadinya kalau MD komen banyak-banyak! Sorrylah takda pulak pasang azam tak nak memenuhkan kotak komen kawan-kawan!

    Malang ni kan memang macam virus berjangkit. Kalau dah satu datang, bertimpa-timpa pulak turut serta. Takpa Vee. Malang kecil-kecil macam ni boleh lagi diuruskan.

    Eh, apa pulak bank nak halau budak-budak? Kalau I mak budak yang kena, memang I seligi jerk staff ke, security guard bank tu. Beranilah nak halau-halau anak orang. I ni pelanggan bank tau!

    ReplyDelete
  5. Vee, sedih plak macam2 hal perkra kecil menimpa pun kita pasti rasa mood down kan...hmmmm tp yg budak2 tak boleh masuk bank tu julia agak sentap sikit...budak2 ni mana faham lg arahan duduk diam2...mereka yg takde otak je nak halau budak2 ni...lg satu tak semua mak bapak ni ada orang leh jagakan anak semata nk ke bank...kena bawa...keselamatan.

    ReplyDelete
  6. aeon mana yg ade makan cenggini? Nak pi jugak...

    ReplyDelete
  7. nk nenen besar mnalh budak tu.. hihi
    takpelh diuji stil perut knyangkn..
    ada org tu perut lpr tempat berteduh hilang kemna...

    ujian...

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...