Berlagu Sendu


Assalamualaikum ...

Hari ini sudah memasuki hari kelima di bulan Januari ( 5/1/2015 ) . Angka cantik masa 2 haribulan ( 2/1/2015 ) . Apasal lak tetiba cerita pasa tarikh lak ni . Ok , sebenarnya vee nak berkisah tentang berlagu sendu kat sini . Lagu sendu sebab ujian . Bukan tak redha , cuma sedih mengenangkan keadaan . 

Pukul 8 adalah masa menonton berita di kaca tv . Tetiba nampak lak lampu terang menerangi pagar rumah . Ya , lampu kereta . Gajah merah my kakak sudah siap dibaiki . Mekanik hantar sendiri ke rumah . Rajin kan dia hantar . Off coz lah rajin sebab mekanik ni adalah mekanik peribadi . Ada masalah sikit jer kat kereta , buat call , sampailah dia . Man in d house tak akan sudi dengan workshop atau mekanik lainnya . Walaupun keta breakdown kat seremban , mekanik ni juga yang di callnya untuk tarik keretanya . Jangan tanya vee tentang kehebatan mekanik ni . Vee memang tak tahu . kalau tak hebat sentuhannya , tak kan la man in d house nak kan dia juga walau apa pun keadaannya . Mereka berdua ni dah jadi sahabat baik tau . Lepas dia hantar gajah merah , man in da house kena lah hantar dia balik umah lak .

Dah dok sebulan juga gajah merah kat tangan dia . Nasib baik persekolahan ditangguhkan seminggu . Kalau tidak , mau jadi sadin my anak buah gi sekolah naik keta man in d house . My anak buah bila nampak gajah merah tu balik , pergh ... bersorak semuanya . berlari turun sampaikan bunyi tangga tu macam nak roboh . Pastu siap plan dah ajak mamanya cari itu dan ini yang belum settle lagi untuk persekolahan mereka . Respon my kakak ... berlagu sendu !

Sambil memerhati gajah merah yang masih dipagar , my kakak dok kat sebelah dan buka cerita ;

" susah nak dapat sparepartnya . Order dari jepun tapi tak ada . pastu cari lak kat singapore . tu sebab lama nak siap . kena rm 2k +++ . Keta ni limited edition . susah nak jumpa model ni  " katanya .

" kenapa dulu beli keta tu ? "

" aku nak ambik keta proton je tapi dia ( man in d house ) nak keta tu . lebih besar tapi harga lebih kurang jer . " katanya .

Dah nak sangat keta import kan . kenalah tanggung risiko macam ni . Bila campur renew road tax dan insurance dah berapa agaknya ya . Gajah merah ni cc besar . Korang cogak lah sendiri . Yang rosak cuma aircond jer sebenarnya . Tapi memang sesuailah gajah merah ni untuk anaknya yang 6 orang tu . selesalah 3 ditengah dan 3 lagi dibelakang . tak yah nak berebut tempat duduk .

" tak pe lah ma , bonus kejap je lagi kuar . "

" hari rabu . "

" tiga hari jer lepas masuk sekolah . nape ko tengok atas ? nampak bintang terbang ke ? hahahaaa "

saja je nak usik my kakak walaupun memang tahu dia dah pening nak buat budget. anak minta itu ini sesedap rasa . my kakak lak banyak bil nak kena settle .

Sebenarnya ramai yang merungut bila bonus ditangguhkan ke 15 haribulan . Ramai yang dah set nak gunakan bonus tu untuk bayar yuran sekolah anak - anak , bayaran pengangkutan , yuran tadika dan bla bla bla ... Kalau ikut surat pekeliling , bonus keluar pada 22 haribulan serentak dengan gaji . Disebabkan banjir , declare bonus kuar 5 haribulan . tetiba hari ni lak declare kuar 15 haribulan . 

Apa yang vee boleh katakan , sabarlah . tak de apa yang boleh dilakukan selain menunggu hingga tarikh itu tiba . kesian pada mangsa banjir yang mengharapkan bonus tu . semoga mereka terus tabah . Kisah my kakak ni hanya segelintir dari mereka yang lain yang terpaksa menunggu bonus untuk settlekan banyak benda .


Berlagu Sendu

Meh layan nasi apa ntah ni . jangan tanya vee camna nak buat . 
vee cuma tau makan sahaja ya .








14 Sila komen:

  1. 'Gajah merah' tu krete apa? Saya pun ada pakai MPV dari Jepun yg kami panggil gajah, tapi spare part senang dapat...

    ReplyDelete
  2. Nasi ujan panas tu kot nama dia... He He He...

    ReplyDelete
  3. Sabar jelah kan.Nasi pelangi tu menarik.

    ReplyDelete
  4. kami guna proton je. memang kalau ikut hati nak import nya... tapi bila pikir maintenance, proton pun boleh la labu :)

    ReplyDelete
  5. emm...spare part susah nak dapat tu yang susah sikit nak cakap...adoi roadtax lagi..10x ganda dari roadtax saya tu..

    ReplyDelete
  6. hujung tahun, ramai anak, gitulah vee..yang anak baru tiga cam saya ni pun terasa juga, apatah lagi kalau enam..apapun, janji bahagia, kan..

    ReplyDelete
  7. HMM WANG YG BNYK BOLEH MNYELESAIKN BNYK MASALAH YER...

    ReplyDelete
  8. mmg ramai yg sedih bila bonus postpone ke 15hb...kesian kat mangsa2 banjir tu...huhu...

    harap mereka semua tabah dan terus kan kuat semangat...

    ReplyDelete
  9. memang pun..yang tak tahu mungkin akan kata boros,tak reti kawal belanja.,tapi diaorang tak tahu jalan hidup orng lain tak sama macam diaorang yang mengkritik tu..

    ReplyDelete
  10. Takpe lagi lagu sendu tu, zumal hampir nangis tak berlagu jew...

    ReplyDelete
  11. Saya yang baru anak seorang ke sekolah pun belanja agak besar, inikan pulak kakak Vee yang ada 6 orang anak. Eh, 5 yang bersekolahkan, yang kecil tu bayi lagi ya tak?

    Sekarang ni harga minyak dah turun kenapalah harga barang tak turun-turun.Kotnya peniaga tersipu-sipu malu nak turunkan harga barang ke?

    Eh, blog berwajah baru ya? Nasib baik I dah tukar wajah juga, takdalah rasa jealous tahan gaban!

    ReplyDelete
  12. untunglh ada bonus.. lmbt sikit takpe kut.. jnji dpt

    ReplyDelete

Terima kasih teman - teman sebab sudi mengomel kat sini ...